CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 617|Reply: 5

[Tempatan] Laporan: Mak Lampir 'disingkir' dari kumpulan WhatsApp MPT Bersatu

[Copy link]
Post time 4-2-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by kakikuDibibirmu at 4-2-2022 07:23 PM

Zuraida Kamaruddin disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, kata laporan

Utusan Online memetik sumber berkata kumpulan WhatsApp itu dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

“Kumpulan WhatsApp ini terdiri daripada Presiden sehingga ke bawah, ini bagi mengelakkan rahsia parti diketahui Zuraida. Dia dikeluarkan daripada ‘group’ pada keesokan harinya selepas mesyuarat MPT Bersatu.

“Semua yang ada dalam mesyuarat itu bersetuju dengan tindakan untuk keluarkan Zuraida, sebab kita tidak mahu ada watak-watak yang tidak setia dengan parti,” katanya, lapor portal berita itu.

Utusan Online juga melaporkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali bertegas dia tetap setia kepada kepimpinan Muhyiddin.

“Tidak ada siapa pun mempersoalkan, tetapi dia (Azmin) sendiri menyatakan kesetiaan bukan sekali, tapi tiga kali. Dia bercakap secara terang-terangan menyatakan kesetiaan kepada Bersatu, yang terbaharu dalam mesyuarat MPT baru-baru ini.

“(Azmin) menafikan ada kaitan politik dengan Zuraida dan luahannya itu supaya tidak ada mana-mana pihak yang syak wasangka dengan niat dia menyertai Bersatu, semua orang tahu dia daripada PKR kan,” kata sumber seperti dipetik Utusan Online lagi.


Sementara itu, Zuraida yang juga anggota MPT Bersatu berkata walaupun khabar angin tersebar mengenai kedudukannya dalam Bersatu, namun dia akan menjalankan tugasnya seperti biasa.

“Tidak ada apa-apa (keputusan) rasmi daripada parti.

“Banyak sumber berkata sebaliknya, tetapi tiada apa yang dimaklumkan kepada saya, secara rasmi atau tidak.

"Saya memerhati semua laporan itu,” katanya dipetik sebagai berkata dalam artikel TheVibes hari ini.

Pun begitu, Zuraida menjelaskan hubungannya dengan Muhyiddin baik-baik saja.

BACA BERKAITAN:

Bersatu pertimbang pecat Zuraida

'Zuraida bukan ahli PBM, saya tak campur urusan Bersatu' - Nor Hizwan

Jelas Zuraida lagi, komitmennya sebagai menteri menghalang dia hadir mesyuarat MPT Bersatu baru-baru ini.

“Saya baru-baru ini pulang dari perjalanan pergi balik rasmi ke luar negara, termasuk London, Dubai dan Jeddah, atas urusan kerajaan.

"Adalah malang kerana saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu," katanya.

Ahli parlimen Ampang itu juga berkata dia akan hadir mesyuarat MPT apabila keadaan mengizinkan.

Sumber:  https://m.malaysiakini.com/news/609445
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Zuraida:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
you tak kenal Mahathir, dia gini gini gini

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena keluar PKR, pastu kena singkir dek Bersatu, lepas ni nak gerak bawah Muda tak, mana tahu Syed Saddiq blh terima
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 07:11 PM | Show all posts
kalau acik ni potong perut dan kecikkan hidung, entah2 Rina Titun pun kalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 4-2-2022 07:10 PM
Dah kena keluar PKR, pastu kena singkir dek Bersatu, lepas ni nak gerak bawah Muda tak, mana tahu Sy ...

Parti Cinta Malaysia ka Parti Sayang Malaysia ka Parti Bangsa Malaysia tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.094993 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list