CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

[Perlis] Kertas Putih Kesihatan lonjak reformasi kesihatan negara

[Copy link]
Post time 24-6-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Kertas Putih Kesihatan lonjak reformasi kesihatan negara


Oleh Aizat Sharif - Jun 24, 2023 @ 2:11pm bhnews@bh.com.my




Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (kanan) melawat Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis pada Karnival Kesihatan "Sihat Milik Semua" peringkat negeri sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-80 Tuanku Raja Perlis, hari ini.




KANGAR: Kertas Putih Kesihatan yang diluluskan Parlimen pada 15 Jun lalu, mampu melonjakkan reformasi kesihatan negara ini, terutama dalam 'Mempertingkatkan Promosi Kesihatan dan Pencegahan Penyakit'.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata tonggak reformasi ini merangkumi penambahbaikan sistemik dan struktural, yang bertujuan mengorientasikan semula ekosistem kesihatan supaya promosi kesihatan dan pencegahan penyakit dapat diintegrasikan secara asasnya dalam semua dasar, garis panduan, amalan dan kehidupan harian.

"Reformasi berkenaan merangkumi pelbagai penambahbaikan sistemik dan struktural yang bertujuan mengorientasikan semula ekosistem kesihatan dan lain-lain.

"Antara strategi utama dalam Kertas putih ini adalah memperkukuhkan fungsi kesihatan awam, menambah baik kerjasama dan penyelarasan inter sektor untuk kesihatan.

"Selain itu juga, ia memberi insentif kepada amalan dan tingkah laku pro-kesihatan," katanya ketika berucap semasa menghadiri Karnival Kesihatan Sihat Milik Semua Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 Tuanku Raja Perlis di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini hari ini.

Dalam majlis yang sama juga, Zaliha turut mengumumkan bahawa 2023 adalah tahun bermulanya Fasa Kedua Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) selepas Fasa Pertama yang berlangsung dari 2020 hingga tahun lalu.

"AMNS memfokuskan memfokuskan kepada perancangan, libat urus dengan rakan strategik, pembentukan pelan strategik dan penyediaan kertas dasar yang berkaitan dan dengan melalui Fasa Kedua kali ini, ia diperkemaskan dengan beberapa hala tuju dan inisiatif yang merangkumi dasar, polisi dan implikasi kewangan untuk jangka masa panjang bagi mencapai matlamat utama iaitu menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

"Selain penganjuran karnival kesihatan seperti hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa berusaha mencari idea dan pendekatan baharu bagi membantu rakyat mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan yang sihat menerusi mesej promosi dan pendidikan kesihatan.

"Untuk mencapai hasrat itu, pelbagai kempen dilaksanakan bawah Teras 1 ANMS iaitu 'Memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat' menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah media seperti media sosial, media konvensional, media cetak dan digital," katanya.

Beliau mengambil contoh dimana Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis dilihat aktif dalam menggunakan Facebook sebagai wahana menyampaikan mesej kesihatan buat rakyat negeri ini.

Terdahulu, Zaliha mengiringi Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merasmikan karnival berkenaan.

Turut hadir adalah Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Exco Kesihatan Negeri Perlis, Megat Hashirat Hassan dan Pengarah Kesihatan Perlis, Dr Ismuni Bohari.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073455 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list