CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Perlis] Solat sunat Aidiladha di Perlis digalak di tanah lapang

[Copy link]
Post time 27-6-2023 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Solat sunat Aidiladha di Perlis digalak di tanah lapang

27 Jun 2023    10:44am





Baginda bertitah dalam keadaan cuaca yang tidak sesuai, solat sunat Aidiladha boleh dilaksanakan di ruang dalam masjid kariah masing-masing. - Foto fail/BERNAMA




KANGAR - Perlis menggalakkan solat sunat Hari Raya Aidiladha pada Khamis (29 Jun) ini dilaksanakan di tanah lapang dan diselaraskan pada jam 8 pagi, sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pemilihan tanah lapang berkenaan adalah tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing dan perkara ini selaras dengan Sunnah Rasulullah SAW.

"Walau bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Kariah boleh mempertimbangkan penggunaan ruang di dalam masjid sekiranya terdapat keperluan bergantung kepada ruang, tempat dan bilangan jemaah yang hadir,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada Selasa.

Baginda bertitah dalam keadaan cuaca yang tidak sesuai, solat sunat Aidiladha boleh dilaksanakan di ruang dalam masjid kariah masing-masing pada jam 8.15 pagi dan hebahan berkaitan perubahan lokasi perlu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid pada jam 7.45 pagi.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, sebagai langkah keselamatan, jemaah digalakkan memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri.



Sementara itu mengenai penganjuran ibadah korban, baginda bertitah, ia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Pelaksanaan ibadah korban (penyembelihan haiwan korban) hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan milik kerajaan atau swasta, masjid atau surau berdaftar dan premis persendirian yang mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis,” titah baginda. - Bernama

sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.418628 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list