CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4886|Reply: 0

Ferrari rencat rekod Red Bull di Singapura

[Copy link]
Post time 18-9-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Ferrari rencat rekod Red Bull di Singapura

Pemandu Ferrari, Carlos Sainz Jr meraikan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP) Singapura di Litar Marina Bay di Singapura hari ini. - AFP



SINGAPURA – Impian pasukan Ferrari untuk kembali melakar kemenangan pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini akhirnya tercapai selepas Carlos Sainz Jr. tampil cemerlang menjuarai Grand Prix (GP) Singapura sebentar tadi.

Pastinya kemenangan tersebut amat bermakna buat Ferrari kerana ia adalah kemenangan pertama pasukan Itali itu selepas mengharungi perlumbaan mencabar musim ini terutama selepas pasukan Red Bull menyapu bersih 14 kemenangan sebelum ini.

Bagaimanapun, impian Red Bull untuk mendominasi perlumbaan di Singapura ternyata berhasil selepas pendahulu kejuaraan, Max Verstappen sekadar menamatkan saingan tempat kelima dan ini kali pertama Red Bull gagal memenangi perlumbaan Grand Prix.

https://www.kosmo.com.my/wp-cont ... 09/f1-1536x1024.jpg

PEMANDU Ferrari, Carlos Sainz Jr. menggunakan peluang dengan baik selepas dilihat menguasai perlumbaan di Grand Prix (GP) Singapura. -AFP
Sebagai rekod, kali terakhir Ferrari melakar kemenangan pada Julai tahun lalu menerusi Charles Leclerc di GP Austria.

“Pastinya ia adalah satu perasaan yang luar biasa ketika menjuarai perlumbaan di sini dan pastinya  hujung minggu yang luar biasa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang terutama  Ferrari atas usaha kerja keras mereka untuk memastikan kemenangan menjadi milik kami malam ini.

“Perkara yang penting kami melakukan segala-galanya dengan betul. Ini semua tentang mengetahui dimana tahap kami dalam menguruskan perlumbaan. Mereka (Ferrari) memastikan saya berjaya bergelar juara tanpa melakukan sebarang kesilapan,” kata Sainz.

Pemandu pasukan Mclaren, Lando Norris yang memulakan saingan di petak keempat berjaya meloloskan diri untuk memastikan dia berjaya berada di atas podium tempat kedua.

Sementara itu, malang menimpa pemandu Mercedes selepas George Russell terlepas untuk menaiki podium tempat ketiga selepas terbabas di pusingan terakhir sekali gus membuka ruang kepada Lewis Hamilton untuk menemani Sainz di podium. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -bull-di-singapura/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.158443 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list