CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 0

Pelumba CKJ Racing Team kritikal selepas terlibat kemalangan ngeri

[Copy link]
Post time 8-10-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

IZZAT ZAIDI mengalami kemalangan selepas jentera Yamaha yang dipacunya sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan di Litar Bandar Medini Iskandar, Johor semalam.

KUALA LUMPUR – Pasukan berpengalaman negara, CKJ Racing Team berharap peminat dua roda di Malaysia mendoakan kesejahteraan pelumbanya, Izzat Zaidi Salehan yang terlibat dalam kemalangan semasa sesi ‘Super-Pole pada perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Bandar Medini Iskandar, Johor semalam.

Pasukan CKJ mengesahkan bahawa Izzat mengalami kemalangan tersebut selepas jentera Yamaha yang dipacunya sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar.


IZZAT ZAIDI memacu jentera Yamaha pada Cub Prix Malaysia.

Pengurus Pasukan CKJ Racing, Amer Saad berkata, akibat kemalangan tersebut Izzat terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah dan disahkan mengalami kecederaan patah tulang rusuk dan kecederaan paru-paru.

“Keadaan Izzat sekarang masih lagi bergantung 100 peratus mesin bantuan pernafasan. Pada pukul 4 pagi tadi, Izzat baru keluar dari bilik pembedahan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)

“Saya difahamkan tulang rusuk sebelah kiri Izzat patah dan turut berlaku kecederaan paru-paru. Keadaannya ketika ini masih kritikal.

“Kami dari pihak pasukan CKJ Racing mendoakan Izzat cepat sembuh dan semoga kembali seperti biasa,” kata Amer ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


STATUS yang dimuat naik oleh isteri Izzat Zaidi mengenai perkembangannya selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Akibat insiden tersebut, sesi Super-Pole sebelah pagi itu dibatalkan. Bagaimanapun, perlumbaan CP150 diteruskan dan dimenangi oleh rakan sepasukan Izzat, Akid Aziz. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... t-kemalangan-ngeri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057100 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list