CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3497|Reply: 0

[Perlis] Isu poligami tidak perlu dipolitikkan - Afnan Hamimi

[Copy link]
Post time 26-11-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Isu poligami tidak perlu dipolitikkan - Afnan Hamimi


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



AFNAN Hamimi (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang yang bersaing dalam pelbagai kategori semasa Majlis Penutup Alam Ria PASTI Malaysia 2023 di Dewan 2020 di Kangar. FOTO Aizat Shrif




Kangar: Isu poligami yang dibangkitkan dalam Parlimen oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak perlu dipolitikkan kerana ia adalah hukum fiqh yang sudah termaktub dalam al-Quran.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, isu poligami bukanlah isu baru kerana ia adalah suatu perkara yang banyak disebut dalam al-Quran.

"Saya tahu isu ini adalah berpunca daripada ucapan Ahli Parlimen Kubang Kerian di Parlimen ketika berbahas dalam Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini.

"Jadi tidak perlu politikkan dan saya rasa mereka perlu cari isu lain. Kita hanya menyebutnya semula kepada masyarakat sebagai salah satu daripada kaedah penyelesaian Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Alam Ria Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Malaysia 2023 yang berlangsung di Dewan 2020, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya hanya menyebut kembali kaedah hukum fiqh berkenaan sebagai penyelesaian Islam.

"Apabila ramai wanita ini tidak berkahwin jadi Islam ada jalan keluar maka boleh poligami bagi yang mampu, yang tak mampu seorang (isteri) sudahlah malah Islamlah agama yang mengangkat martabat wanita berbanding sebelum ini.

"Sebelum kedatangan Islam, orang menganggap wanita sebagai hamba abdi dan tempat pemuas nafsu sahaja tetapi apabila kedatangan Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW maka martabat wanita itu diangkat dengan lebih atas," katanya.

Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, sekiranya ada pihak yang mengatakan bahawa PAS cuba untuk meremehkan martabat golongan wanita itu adalah tidak benar.

"Kalau hendak kata kita remehkan orang perempuan itu tidak betul, mereka kena baca sejarah.

"Ini bukan soal politik, ini soal hukum fiqh dan hukum Islam," katanya.

Dalam Sidang Parlimen pada Khamis lalu, Tuan Ibrahim dalam perbahasannya mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi sokongan moral kepada golongan 'bujang senja' yang mampu untuk berpoligami.

Katanya, amalan itu boleh menjadi 'jalan keluar' kepada jutaan wanita yang belum berkahwin walaupun selepas umur 30 tahun.



Disiarkan pada: November 26, 2023 @ 11:48am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 17 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189244 Replies : 4308
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 590 Replies : 2
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29525 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3813 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046234 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list