CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17792|Reply: 0

[Perlis] Rakyat main peranan sebagai 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-2025 - Raja Muda Perlis

  [Copy link]
Post time 8-12-2023 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Rakyat main peranan sebagai 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-2025 - Raja Muda Perlis


Disember 7, 2023 @ 10:57pm



Raja Muda Perlis bersama Raja Puan Muda Perlis berkenan bergambar bersama maskot Tahun Melawat Perlis iaitu 'Beruk Kentoi' pada Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025 malam ini. Turut hadir, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli (kiri). - BERNAMA



KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa rakyat negeri ini secara tidak langsung adalah 'duta' kepada Tahun Melawat Perlis 2024-2025, lantas perlu memainkan peranan masing-masing.

"Berilah layanan beradab, sopan santun, berbudi bahasa dan mesra serta sentiasa menjaga imej dan persepsi baik para pelancong terhadap kita," titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025 - Perlis Damai dan Menawan di Dewan 2020 di sini malam ini.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Tuanku Syed Faizuddin juga bertitah pengunjung boleh meluangkan masa dengan meneroka keindahan dan keistimewaan Perlis, selain menikmati makanan unik serta melawat tempat yang menarik dengan kos berpatutan.

"Keunikan bentuk muka bumi, landskap yang menarik, tarikan alam semula jadi dan sempadan yang memisahkan Malaysia-Thailand antara faktor tarikan utama negeri ini.

"Jadikanlah kenangan dan sematkan sebagai memori yang indah apabila anda berkunjung ke negeri Perlis. Berbelanjalah dengan membeli produk-produk keluaran tempatan. Dengan erti kata lain 'Perut Kenyang, Fikiran Tenang, Poket Tak Terkoyak," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah usaha dan promosi di Thailand terutama di wilayah selatan perlu dilipatgandakan dengan tujuan menarik lebih ramai rakyat negara jiran itu untuk memeriahkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis.

"Sedikit nasihat beta kepada semua, jadikan pengalaman kempen Tahun Melawat Perlis 2003-2005 yang lepas sebagai panduan dan titik tolak bagi mencapai kejayaan lebih baik bagi Tahun Melawat Perlis pada kali ini," titah baginda.

Baginda juga bertitah, pemain industri termasuk pengusaha rumah inap, pelancongan, pemilik restoran serta pengendali pengangkutan awam perlu menambah baik prasarana masing-masing dengan mengutamakan kebersihan, mengukuhkan tahap keselamatan dan menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.

"Juga yang paling mustahak ialah peka kepada kehendak pelanggan supaya mereka akan bertandang berulang kali," titah baginda. – BERNAMA

TAG: Tahun Melawat Perlis, 2024-2025, rakyat, duta, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3778 Replies : 22
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9122 Replies : 178
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29416 Replies : 212
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188749 Replies : 4305
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90518 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053398 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list