CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10322|Reply: 0

[Terengganu] Siren amaran banjir tidak berbunyi cetus panik

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode

ZAKIAH meredah banjir di PPS Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong. FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: "Mujur jiran datang kejutkan saya sekeluarga kerana siren amaran banjir tidak berbunyi seperti kebiasaan," kata Nor Laila Kasuma Nasir, 39, dari Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong, dekat sini.

Menurutnya, jiran mengejutkan mereka sekeluarga jam 5.30 pagi apabila menyedari air mula melimpah ke kawasan kampung.

Katanya, dia kemudian melimpah dia mengarahkan anaknya Nur Alesya Maisara, 10, membawa adiknya Nur Syafia Hanna, 16 bulan, ke pusat pemindahan sementara (PPS) sambil ditemani jirannya.

"Saya sempat mengemas sebahagian barangan di dalam rumah bersama anak lain manakala suami Mohd Zainudin Alias, 37, membawa keluar kenderaan ke tempat selamat.



"Biasanya siren akan diaktifkan apabila berlakunya banjir namun hari ini sebaliknya pula yang berlaku.

"Ramai penduduk kelam kabut, tapi saya bersyukur kerana jiran datang mengejutkan kami sekeluarga ketika sedang tidur berikutan siren tidak berfungsi," katanya yang tinggal bersama lima lagi ahli keluarga.

Menurutnya, saban tahun PPSK Gunung Menerong, akan berdepan bencana banjir dengan kedalaman air setinggi satu hingga tiga meter.

Katanya, sekiranya siren berbunyi sudah tentu penduduk dapat membuat persiapan lebih awal untuk berpindah dan mengalihkan barangan ke tempat selamat.

Jirannya, Zakiah Ahmad, 40, berkata, dia menyedari air mula melimpah kira-kira jam 5 pagi namun hairan kerana siren amaran banjir tidak berfungsi.

"Akibat tiada amaran awal seperti kebiasaan mengakibatkan saya sekeluarga kelam kabut menyimpan barangan sebelum berpindah ke rumah ibunya di Kampung Menerong.

"Mujur jiran menghubungi saya memaklumkan perkarangan rumah sudah dilimpahi banjir sebelum suami mengalihkan kenderaan ke tempat selamat," katanya.

Katanya, ini kali pertama kejadian siren tidak berbunyi sehingga ramai penduduk tidak menyangka berlakunya banjir.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erbunyi-cetus-panik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051624 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list