CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6970|Reply: 0

[Terengganu] Banjir di Terengganu memburuk, 1,182 mangsa dipindahkan

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Seorang penduduk Robiah Salim, 65, meredah banjir untuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan membawa barang keperluan selepas pulang melihat keadaan rumahnya ketika tinjauan di Kampung Pengkalan Ajal semalam. FOTO BERNAMA.

Kuala Terengganu: Kemaman dan Dungun daerah terbaharu yang dilanda banjir menjadikan jumlah mangsa yang dipindah seramai 1,182 orang sehingga jam 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di Hulu Terengganu, Setiu, Dungun dan Kemaman membabitkan 299 keluarga.

Menurutnya, di Hulu Terengganu PPS Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Gunung Menerong, menempatkan 132 mangsa (30 keluarga), PPS Kampung Kemat menempatkan 39 mangsa (14 keluarga), manakala di PPS Kampung Pengkalan Ajal, menempatkan 146 mangsa (61 keluarga).

Sementara itu, PPS di Kampung Paya Besar menempatkan 78 mangsa (20 keluarga), PPS Balairaya Kampung Durian Kassim menempatkan lima (1 keluarga) dan PPS OKB Kampung Batu 23, seramai 22 mangsa (5 Keluarga) dan PPS Kampung Bukit Kolam, dengan sembilan mangsa (2 keluarga).



Di Setiu PPS Kampung Besut, menempatkan lima mangsa (1 keluarga).

Manakala di Kemaman PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Kerteh menempatkan 33 mangsa (10 keluarga) dan PPS SK Kemasik 39 mangsa (10 keluarga) dan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Labohan, 108 mangsa (22 keluarga)

Di Dungun PPS SK Tebing Tembah, menempatkan 34 mangsa (9 keluarga) dan Balairaya Kampung Peladang 27 mangsa (5 keluarga), PPS Dewan Sivik Paka, 54 mangsa (13 keluarga) dan SK Kampung Nyor, 12 mangsa (2 keluarga).

Di SK Balai Besar, 172 mangsa (29 keluarga), SK Tok Kah, 35 mangsa (9 keluarga), Dewan Serbaguna Seberang Pintasan, 149 mangsa (38 keluarga), Dewan MSN, 5 mangsa (1keluarga) dan SK Pusat, 63 mangsa (14 keluarga)

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mangsa-dipindahkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051189 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list