CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15053|Reply: 0

[Terengganu] 3 PPS tutup, mangsa banjir di Terengganu menurun

[Copy link]
Post time 17-12-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan banjir di Terengganu sebelum ini. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Banjir di daerah Kemaman pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing secara berperingkat hari ini.

Sebelum ini, terdapat 131 mangsa (32 keluarga) berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Ia menjadikan hanya lima daerah iaitu Besut, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu yang masih terjejas akibat bencana itu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatatkan penurunan apabila hanya seramai 1,903 mangsa berada di PPS.



Setakat jam 12 tengah hari ini, semua mangsa daripada 452 keluarga itu berlindung di 27 PPS di lima daerah.

Ia menunjukkan penurunan berbanding seramai 2,693 orang daripada 654 keluarga ditempatkan di 37 PPS di enam daerah pagi tadi.

Dungun masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,449 mangsa berada di 14 PPS.

Ia diikuti daerah Marang yang merekodkan seramai 255 mangsa daripada 44 keluarga di empat PPS.

Jumlah mangsa di Setiu juga menunjukkan penurunan apabila hanya empat PPS masih dibuka bagi menempatkan 80 mangsa daripada 22 keluarga.

Pagi tadi, seramai 336 mangsa daripada 94 keluarga ditempatkan di lapan PPS di daerah Setiu.

Sebanyak empat PPS masih beroperasi di Hulu Terengganu bagi menempatkan 111 mangsa daripada 24 keluarga.

Sementara itu, di Besut, jumlah mangsa kekal seramai lapan orang mangsa daripada dua keluarga.

Mereka ditempatkan di PPS di Sanggar Dato A Rahim Kampung Kayu Kelat.

Ketika ini, hujan masih melanda di beberapa kawasan di Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -terengganu-menurun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.226652 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list