CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6337|Reply: 0

[Perlis] Sindiket dadah terbesar di Perlis tumpas

[Copy link]
Post time 15-1-2024 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Sindiket dadah terbesar di Perlis tumpas


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



KAMARUDIN (dua dari kiri) dan pegawai menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media hari ini di IPK Perlis, hari ini. FOTO Aizat Sharif.




Kangar: Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di Perlis yang menggunakan kawasan Hutan Simpan Persekutuan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) di Padang Besar sebagai transit bawa masuk bekalan dari negara jiran.

Ia susulan rampasan 528 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM19 juta pada Rabu lalu serta menahan empat lelaki berusia antara 21 hingga 42 tahun untuk bantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Kamarudin Md Din berkata, operasi bermula dengan pasukan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menahan lelaki, 35, di sebuah rumah di sekitar Padang Besar.

"Hasil soal siasat ke atas suspek membawa kita kepada satu tempat penyimpanan sejumlah besar dadah di Hutan Simpan Persekutuan Frim di Jalan Tasoh-Kaki Bukit-Padang Besar.

"Pemeriksaan menemukan troli besi yang ditutupi ranting dan daun terbiar, serta 20 guni berjahit yang di dalamnya terdapat 480 bungkusan plastik teh cina, disyaki mengandungi dadah.

"Susulan itu, tiga lagi lelaki berusia antara 21 hingga 42 tahun ditahan dekat lokasi kejadian yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IPK Perlis, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Perlis, Datuk Mohamad Abdul Halim.

Kamarudin berkata, risikan polis mendapati sindiket itu aktif sejak setahun lalu dan menggunakan laluan hutan berkenaan sebagai transit untuk membawa masuk bekalan syabu dari negara jiran.

Katanya, laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand yang digunakan sindiket hanya tiga kilometer (km) dari hutan berkenaan, manakala 2km dari jalan utama.

"Sememangnya ada akses untuk kenderaan masuk ke lokasi itu dan membawa keluar bekalan dadah, sebelum syabu dipasarkan ke kawasan Pantai Barat Semenanjung.

"Dengan jumlah rampasan ini, ia boleh digunakan seramai 2.6 juta orang," katanya yang memberitahu polis turut menyiasat sekiranya terdapat pembabitan penyelia hutan dengan sindiket itu.

Beliau berkata, siasatan juga dibuat bagi mengesan saki baki anggota sindiket dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Selain itu, kita juga merampas jam tangan, wang tunai, lapan motosikal, tiga kereta, pacuan empat roda dan sebuah jengkaut.

"Semua suspek positif dadah jenis ketamin dan syabu serta mempunyai rekod kesalahan lampau. Mereka direman tujuh hari bermula 10 dan 11 Januari lalu," katanya.



Disiarkan pada: Januari 15, 2024 @ 1:47pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47528 Replies : 319
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189581 Replies : 4315
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 6287 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 5674 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3914 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051908 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list