CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7699|Reply: 0

[Dunia] Hampir 40 peratus biodiversiti Singapura pupus dalam 2 abad

[Copy link]
Post time 14-2-2024 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Hampir 40 peratus biodiversiti Singapura pupus dalam 2 abad

https://www.bharian.com.my/dunia ... -pupus-dalam-2-abad

Februari 14, 2024 @ 1:02am


Antara kawasan hutan simpanan di Singapura. - Foto AGENSI

SINGAPURA: Selama bertahun-tahun, saintis berpendapat kehilangan hampir semua hutan asal Singapura sejak dua abad lalu, telah menghapuskan kira-kira dua pertiga daripada biodiversitinya.

Berikutan penubuhan Singapura moden pada 1819, kawasan hutan yang subur dan alam semula jadinya, dibersihkan untuk memberi laluan kepada penempatan orang ramai, tanaman dan bangunan, lapor akhbar The Straits Times.

Laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa 37 peratus daripada spesies flora dan fauna negara itu lenyap semasa tempoh penebangan hutan dan pembangunan bandar.

Walaupun ia adalah jumlah yang besar, kadar itu masih kurang daripada anggaran sebelumnya, malah ia adalah hampir separuh daripada anggaran kadar kepupusan, sebanyak 73 peratus, dalam kertas perancangan 2003.

Satu kajian terkini, yang melibatkan 27 pakar dan penyelidik muda, menggunakan model matematik baru, telah diterbitkan dalam jurnal saintifik Prosiding Akademi Sains Kebangsaan pada Disember 2023.

Penyelidikan selama satu dekad otu dipimpin ahli ekologi teori, Profesor Madya Ryan Chisholm dari Universiti Nasional Singapura (NUS).

Ia menyediakan kaedah statistik yang memberi sumbangan kepada pemahaman kepupusan gelap - iaitu bilangan tumbuhan dan haiwan tidak diketahui, yang mati sebelum ditemui.

Pada peringkat global, kepupusan senyap ini telah menimbulkan masalah kepada saintis yang ingin mencatat skala sebenar kepupusan akibat perbuatan manusia.

"Penemuan itu penting untuk Singapura," kata Profesor Chisholm, yang melakukan penyelidikan itu pada 2012.

Kajian itu memberi anggaran kepupusan yang lebih tepat berbanding kajian sebelumnya, dan ia mengenal pasti spesies besar dan berkarisma sebagai sangat terdedah kepada kepupusan di sini.

Spesies karismatik merujuk kepada fauna dan flora yang mendapat lebih banyak minat dari orang ramai, disebabkan daya tarikan estetik atau kepentingan budaya mereka.

Dalam konteks Singapura, contoh spesies ini termasuk tenggiling dan orkid, seperti yang dijelaskan oleh Prof Chisholm.

Rekod sejarah bagi kumpulan flora dan fauna di sini yang tidak dikaji dengan baik, menjadikan sukar untuk mengetahui berapa banyak spesies yang pernah wujud di negara itu.

Dr Tan Heok Hui, seorang kurator di Muzium Sejarah Semula Jadi NUS yang turut menyumbangkan kertas kerja baru-baru ini, menyatakan bahawa kebanyakan ikan air tawar asli di pulau itu mungkin tidak direkodkan.

"Ini kerana senarai semak terawal bermula pada tahun 1960-an, hampir dua dekad selepas kawasan besar hutan bakau dan air tawar dibersihkan.

"Rekod ikan air tawar mungkin tidak lengkap, tetapi tetap memberi petunjuk penting kepada peristiwa masa lalu," katanya.

Bagi menggambarkan kepupusan paling tepat di Singapura, penyelidik berusaha keras mengumpulkan pangkalan data yang terperinci, merangkumi lebih 50,600 pemerhatian ke atas lebih 3,060 spesies daripada 10 kumpulan haiwan dan tumbuhan utama.

Kumpulan bahan selidik itu terdiri daripada bahan sejarah semula jadi tertua yang diperoleh di Singapura - tangkai jati laut yang dikumpul pada tahun 1796 - hingga kepada penemuan di media sosial dan rekod warga Singapura.

Antaranya termasuk gambar yang diambil oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengenai seekor ular berkepala hitam, iaitu spesies yang semakin pupus di sini.

Untuk kumpulan seperti burung yang mempunyai set data yang lebih luas, model statistik baru telah dicipta untuk menganggarkan setiap spesies yang pupus dan anggaran tarikh kepupusan dengan memproses semua rekod yang ada.

Penyelidik mendapati, akibat penebangan hutan dan pembangunan bandar dalam tempoh 200 tahun yang lalu, rama-rama asli menghadapi kadar kepupusan tertinggi - hampir separuh daripada spesiesnya hilang - diikuti oleh 42 peratus lebah.

Tiga daripada lima mamalia yang mempunyai berat lebih daripada 10 kilogram, seperti harimau bintang, telah pupus.

Hampir 90 peratus burung yang bergantung kepada hutan yang lebih tua, juga dijangka mati.

Antara tumbuhan, orkid adalah yang paling teruk terjejas, dengan 68 peratus spesies diketahui kini sudah hilang. - AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.207067 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list