CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9300|Reply: 0

[Kedah] MRSM Langkawi alami masalah bekalan air

[Copy link]
Post time 19-2-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Langkawi: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi antara lokasi yang terjejas akibat gangguan bekalan air sejak awal bulan ini susulan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, empat cadangan diberikan sebagai inisiatif segera bagi menangani krisis air di institusi pendidikan berusia 25 tahun itu.

Menurutnya, pihaknya menerima banyak mesej daripada ibu bapa memaklumkan masalah bekalan air di MRSM Langkawi yang berlarutan sejak sekian lama.

Katanya, krisis air itu dilaporkan semakin kronik kerana masalah itu membabitkan seluruh kawasan di Langkawi dan memerlukan tindakan segera oleh pihak berkaitan bagi menanganinya.



"Saya telah meminta Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA untuk meneliti dan mengambil tindakan segera bersifat jangka pendek dan jangka panjang.

"Antaranya menyewa lori tangki untuk membekalkan air enam kali sehari ke MRSM Langkawi berbanding hanya bergantung kepada Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, cadangan kedua adalah menyediakan pam air pada tangki di luar asrama untuk mengepam air ke bilik air di asrama untuk kegunaan pelajar.

"Saya juga minta dikaji cadangan ibu bapa membenarkan anak MRSM Langkawi untuk menggunakan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) jika situasi dan kondisi air masih pada tahap kritikal.

"Selain itu, saya mengesyorkan BPM MARA berbincang dengan syarikat yang boleh menyediakan telaga boring untuk MRSM Langkawi, namun kerja mencari gali air itu mengambil masa sehingga tiga bulan," katanya.

Katanya, beliau akan memantau isu berkenaan untuk memastikan tindakan pantas diambil.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... masalah-bekalan-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188601 Replies : 4293
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 8992 Replies : 177
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29384 Replies : 211
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3662 Replies : 20
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90417 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248
"Bukan taknak bayar,tapi aku tengah susah sekarang"-Wanita berang DBKL Minta Selesaikan Bil Sewa RM124 Tertunggak Selama 8 Bulan
YgBenar"Bukan taknak bayar,tapi aku tengah susa
Views : 2564 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.060273 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list