CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9258|Reply: 0

Kesilapan individu terus hantui skuad B-23 negara

[Copy link]
Post time 18-4-2024 02:58 PM | Show all posts |Read mode

PENYERANG skuad B-23 negara, Luqman Hakim Shamsudin cuba melepasi pemain pertahanan Uzbekistan pada perlawanan malam tadi. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Sudah banyak kali diberikan peringatan, namun pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara cukup sukar 'hadam' supaya mengelak melakukan kesilapan individu hingga membolehkan lawan mendapat sepakan penalti atau menjaringkan gol.

Situasi terbabit diakui pengendali skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido yang melihat sekali lagi Malaysia dihukum atas kesilapan individu hingga Uzbekistan membuka akaun gol menerusi sepakan penalti pada perlawanan pertama Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar, malam tadi.

Beliau yang jelas kecewa apabila skuad muda negara tewas 0-2 mahu barisan anak buahnya mengambil iktibar pada perlawanan pertama itu untuk bangkit bertemu Vietnam, Sabtu ini.

Katanya, walaupun Uzbekistan dilihat sebagai pilihan untuk memenangi perlawanan malam tadi, barisan anak buahnya mampu memberi tentangan sengit dan bertahan sebelum kesilapan individu menghukum pasukan.


"Secara ringkasnya persiapan kami meningkat, jadi pastinya permainan ini akan membantu tahap prestasi dan mungkin kita perlu lebih berusaha untuk melakukan serangan.

"Hari ini kami berdepan lawan yang bagus, dalam perlawanan akan datang, kami mesti memperbaiki cara untuk menembusi kawasan lawan.

"Bolos disebabkan sepakan penalti perkara harus dielakkan terutama ketika menentang Vietnam Sabtu ini," katanya pada sidang media selepas perlawanan terbabit.

Pada pertembungan di Stadium Antarabangsa Khalifa itu, skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan pemain pertahanan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.

Pengadil Ahmed Faisal Al Ali dari Jordan tidak teragak-agak meniupkan wisel dan melayangkan kad kuning pada Muhamad Syahir sebelum ketua pasukan Uzbekistan, Jasurbek Jaloliddinov tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-11 untuk meletakkan juara edisi 2018 itu di depan.

Memasuki 10 minit terakhir permainan, kesilapan mudah sekali lagi menghukum Malaysia selepas hantaran pemain gantian Muhammad Abu Khalil dipintas Husain Norchaev yang melorongkan bola kepada pemain gantian, Ulugbek Khoshimov untuk merembat masuk gol kedua Uzbekistan.

Skuad muda negara dijadualkan akan bertemu naib juara Piala Asia B-23 2018, Vietnam pada Sabtu ini di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Vietnam membuka kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan Kuwait 3-1, awal pagi tadi.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-skuad-b-23-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.054877 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list