CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1926|Reply: 5

Tanah keluarga pelakon Ammar Baharin dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan

  [Copy link]
Post time 26-4-2024 05:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-4-2024 01:32 PM


Tanah keluarga pelakon Ammar Baharin dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan

25 April 2024, 10:20pm










[size=1.3]


KUALA LUMPUR: Pelakon, Ammar Baharin menuntut penjelasan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih, yang dikesan dikeluarkan geran oleh pihak berkenaan kepada orang lain secara tidak sah.


Ammar dalam perkongsian menerusi akaun X dan Instagram mendedahkan kejadian itu disedari keluarga ketika arwah ayahnya masih hidup, apabila meninjau kawasan tanah berkenaan untuk diusahakan, namun terkejut apabila mendapati sebuah rumah sudah dibina di situ.


Macam mana sebidang tanah boleh ada dua geran yang berbeza? Mak aku pun pergi la jumpa tuan tanah itu dan bertanya. Diringkaskan cerita, tuan tanah kata itu tanah dia, siap tunjuk geran (geran tampal) dan mak aku pun tunjuk geran asal yang mak aku pegang berpuluh tahun.

Siap bayar cukai tanah,” katanya.


Ammar berkata ibu dan arwah ayahnya kemudian pergi ke PTG Selangor untuk bertanyakan situasi terbabit.


Mereka (PTG) faham dan cuba selesaikan perkara ini. Mereka janji akan menggantikan tanah mak aku dengan tanah yang lain tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan. Apabila ditanya mengenai update terbaru, staff pejabat tanah kata Selangor dah takde tanah kosong (untuk digantikan),” katanya dalam perkongsian itu.


Pelakon itu mempersoalkan kes tanah ini kepada PTG dengan membangkitkan beberapa persoalan dalam perkongsian berkenaan.


Siapa yang meluluskan geran kedua untuk individu lain, sedangkan tanah milik keluarga aku ini belum dijual atau ditukar nama kepada sesiapa?”

Bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa? Cukai tanah yang mak aku bayar tiap-tiap tahun itu macam mana?”


Adakah pihak satu lagi itu pun bayar cukai tanah yang sama? Semoga PTGS ada jawapan untuk setiap persoalan di atas,” katanya.


Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak bagi menyelesaikan masalah yang mengelirukan rakyat.


Sementara itu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Datuk Dr Yusri Zakariah, ketika dihubungi BH untuk mengulas dakwaan pelakon berkenaan berkata pihaknya mengambil maklum dakwaan terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut memberi reaksi kepada perkongsian pelakon itu menerusi Instagram dengan meminta beliau mengemukakan perincian berhubung perkara itu.


DM (Mesej terus) detail (perincian) no geran dan lot, nanti saya siasat,” katanya.


https://www.buletintv3.my/nasional/tanah-keluarga-pelakon-ammar-baharin-dipindah-milik-ptg-selangor-tanpa-pengetahuan/





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling corrupt.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik retiss yg kena, cepat sikit viral dan ambil tindakan. Cuba rakyat marhein, bolayan.corrupt betul staff ptg, tp xde pulak cerita tanah kubur pasal staff Pejabat tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa pejabat tanah leceh ya? I mean berurusan dengan diorang memang makan masa berbulan bulan bulan bulan bulan bulan bulan bulan bulan bulan bulan bulan …. naik meluat dengan muka kelat terpaling
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 26-4-2024 08:35 AM
kenapa pejabat tanah leceh ya? I mean berurusan dengan diorang memang makan masa berbulan bulan bula ...

loyer rumah iols kata kena huluuuur baru gerak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:26 AM | Show all posts
Boleh pulak jadi macam tu ya. Sesuka hati duakan geran tanah orang.

Jabatan Tanah ni antara jabatan yang paling renyah nak berurusan. Syarat macam-macam, dokumentasi tak usah cerita la. Macam tanah tu depa yang bagi kat kita pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.128235 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list