View: 1474|Reply: 1
|
[Tempatan]
PM bertemu pemimpin masyarakat Cheruk Tok Kun pagi ini
[Copy link]
|
|
Anwar (tengah) hadir bertemupemimpin masyarakat Cherok Tok Kun di Seberang Jaya, pagi ini. Foto oleh NOOR HASLIZA NUSI/KOSMO!
SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama pemimpin masyarakat Cherok Tok Kun di sebuah hotel di Seberang Jaya di sini, pagi ini.
Perjumpaan secara tertutup yang bermula pukul 8.45 pagi tadi diadakan bersama kira-kira 100 pemimpin di kawasan berkenaan.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mohamad Abdul Halim.
Beliau kemudiannya akan menghadiri Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara & Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang yang berlangsung di Tapak Pesta Pulau Pinang di George Town.
Seterusnya, beliau dijadualkan hadir ke Kenduri Aidilfitri Perpaduan di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam, pada tengah hari ini. -KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bekerja keras red bean army . kena sebat dgn boss ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|