View: 1564|Reply: 4
|
[Tempatan]
Mesyuarat pembangunan Kedah dihadiri Anwar, Sanusi berlangsung harmoni
[Copy link]
|
|
Anwar (kanan) dan Muhammad Sanusi pada Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.
ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Anwar tiba di Pejabat SUK negeri kira-kira pukul 5.40 petang tadi dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menurut Muhammad Sanusi, mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni dan antara perkara yang dibincangkan berkaitan isu penempatan Bukit Malut, Langkawi; kampung tersusun iaitu lot tanah untuk golongan miskin serta pengekalan tanah sawah.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang turun ke negeri ini hari ini dengan mesyuarat (berlangsung) agak harmoni. Kita sampaikan hasrat kita terus kepada Persekutuan dan dapat maklum balas baik daripada Perdana Menteri.
“Yang mana boleh lulus, dia (Perdana Menteri) lulus terus dan yang mana perlu kepada perincian, dia tanya terus kepada KSU, jadi cepat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut.
Anwar seterusnya dijadualkan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri di pekarangan Darulaman Park, Jitra dekat sini, malam ini. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kan bagus cam ni..
agak2 kalo PM Mesia bukan DSAI, ada tak PM tu nak tolong negeri pembangkang cam ni |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 5-5-2024 02:23 PM
kan bagus cam ni..
agak2 kalo PM Mesia bukan DSAI, ada tak PM tu nak tolong negeri pembangkang cam ...
Nusibat senyum lebor sbb dpt peruntukan..tgk la nnt mcm ne dia guna peruntukan tu kemana..jgn dibukak pusat karaoke udahler..Dsai nk tutup molots nusibat dan pembangkang yg lain..so far ok je Dsai ni jd PmX..cume ade certain menteri yg x perform tu kne tukar la.. Din cirit ok x tu?hahahaprakkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|