CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5026|Reply: 3

[Tempatan] 6 tahun baru sedar kena scam, pemilik kedai rugi RM3.4 juta

[Copy link]
Post time 7-5-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode
6 tahun baru sedar kena scam, pemilik kedai rugi RM3.4 juta

https://www.bharian.com.my/berit ... edai-rugi-rm34-juta

Oleh Omar Ahmad - Mei 7, 2024 @ 3:54pm
bhnews@bh.com.my


Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar. - Foto fail NSTP/Nur Aisyah Mazalan

JOHOR BAHRU: Seorang pemilik kedai 'hardware' atau perkakasan di sini, kerugian RM3.4 juta selepas terjerat dengan penipuan skim simpanan tetap.

Lelaki tempatan berusia 62 tahun itu hanya menyedari tertipu awal tahun ini biarpun sudah terbabit dengan skim terbabit sejak enam tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

"Pada Januari 2018, mangsa didatangi seorang wanita warga tempatan mendakwa sebagai pengurus perbankan di Kuala Lumpur yang menawarkan satu skim simpanan tetap dengan kadar faedah baik.

"Mangsa percaya dan tertarik dengan tawaran yang diberikan. Antara 3 April 2019 hingga 23 Mac 2024, mangsa membuat bayaran menggunakan empat 'banker's cheque' dan enam cek dibayar atas nama Hong Leong Investment Assurance Bank.

"Semua bayaran ini telah diserahkan secara tangan kepada suspek di syarikat mangsa yang keseluruhannya bernilai RM3.4 juta.

"Mangsa memaklumkan, pada tahun 2020 pernah mendapat faedah atas simpanan itu sebanyak RM70,000. Mangsa tidak mengesyaki apa-apa serta terus membuat penambahan simpanan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kumar berkata pada awal tahun ini, mangsa ingin mengeluarkan faedah lain tetapi suspek memberikan pelbagai alasan.

Katanya, warga emas itu mula rasa curiga dan membuat semakan dengan pihak perbankan berkenaan.

"Mangsa dimaklumkan bahawa resit pembayaran yang diberikan suspek adalah palsu dan tiada simpanan tetap atas nama mangsa dan syarikat mangsa.

"Segala pembayaran yang dibuat mangsa kepada suspek dimasukkan ke dalam akaun individu lain," katanya.

Kumar berkata kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada sebarang tawaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Check atas nama - hong leong investment assurance bank...
Ni broker company....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 05:59 PM | Show all posts
ada ke hong leong investment assurance bank? yg legit hong leong investment bank kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:27 PM | Show all posts
Nanti ada acik2 tanya orang kaya kenapa tamak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049188 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list