CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3450|Reply: 2

Ada yang berniat jahat terhadap Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 8-5-2024 12:18 AM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan bahawa ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon tidak akan meninggalkan Harimau Malaya.


Hamidin menjelaskan dakwaan mengatakan pengendali dari Korea Selatan itu mengemukakan surat kepada FAM dan sedia meletak jawatan adalah tidak benar.


Malah, beliau mendakwa ada individu yang berniat tidak baik menyebarkan maklumat berkenaan yang mana ia seakan mahu memberi persepsi negatif kepada FAM dan pasukan Harimau Malaya.


"Awak boleh tanya dia (Pan Gon) sendiri, saya hubungi dia. Saya tanya dia 'anda nak berenti (letak jawatan) ke tidak, kalau nak berhenti hubungi saya, saya yang lantik anda'. Dia (Pan Gon) kata, 'tidak Datuk'.


"Ada orang yang cuba berniat tak baik, saya sedih. Itu (dakwaan Pan Gon mahu letak jawatan) memang penipu, orang yang bagi maklumat itu. Itu saja kisah dia. Dia (Pan Gon) ada kontrak hingga tahun depan," katanya.


Sebelum ini, ada laporan memetik sumber bahawa Pan Gon mengemukakan surat dan sedia meletak jawatan, namun perkara itu dinafikan bekas pengendali Hong Kong itu.


Selain itu, Hamidin mengakui tidak mudah dan perlu bekerja keras untuk memacu FAM sepanjang memikul tugas selaku presiden sejak menjawat jawatan itu pada 2018.


Antara pencapaian berjaya diraih Hamidin ialah peningkatan ranking Harimau Malaya selain pengenalan sistem video bantuan pengadil (VAR) yang akan dilaksana buat kali pertama dalam Liga Malaysia musim 2024-2025.


"Saya dapat naikkan ranking Malaysia dari 178 awal 2018 kepada 130, tapi sekarang sudah jatuh balik (138). Tiga atau empat bulan lalu orang puji Malaysia antara lima terbaik dalam kenaikan ranking.


"Tapi, itulah dalam bola sepak ada jatuh dan bangun. Saya puas hati juga VAR akan dilaksanakan, ini salah satu inisiatif saya yang minta untuk digunakan dalam liga kita," katanya.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 12:00 PM | Show all posts
ntah lah memang attack harimau malaya je so sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 11:04 AM | Show all posts
ye kew???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196099 Replies : 4540
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30358 Replies : 178
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057842 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list