CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8518|Reply: 10

[Dunia] 300 pramugari, pramugara berpakat ambil MC

[Copy link]
Post time 9-5-2024 09:28 AM | Show all posts |Read mode
300 pramugari, pramugara berpakat ambil MC

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -berpakat-ambil-mc/

Oleh KOSMO
9 Mei 2024, 8:51 am


Tindakan “cuti sakit besar-besaran” itu menyebabkan lebih 100 penerbangan Air India Express terjejas sejak Selasa. - ALAMY STOCK PHOTO

NEW DELHI – Kira-kira 300 kru kabin termasuk pramugari dan pramugara mengambil cuti sakit (MC)  pada saat akhir dan mematikan telefon bimbit mereka, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Tindakan mengambil cuti sakit beramai-ramai itu menyebabkan lebih 100 penerbangan syarikat Air India Express terjejas sejak kelmarin, demikian sumber rasmi.

Pihak pengurusan cuba menghubungi kumpulan kru kabin tersebut. Mereka dipercayai bertindak demikian kerana membantah terma dan syarat pekerjaan baharu ditetapkan oleh pemilik baharu Air India Express, Tata Group.

“Sebahagian  kru kabin kami melaporkan diri tidak sihat pada saat akhir, bermula malam tadi (kelmarin). Ia menyebabkan banyak penerbangan mengalami kelewatan dan pembatalan,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu.

“Ketika kami berinteraksi dengan kru- kru terbabit untuk memahami punca di sebalik kejadian ini, pasukan kami pada masa sama berusaha untuk mengurangkan ketidakselesaan yang dihadapi oleh penumpang,” tambahnya.

Penumpang yang terjejas akan ditawarkan bayaran balik penuh atau penjadualan semula penerbangan secara percuma.

Namun, sejumlah penumpang turut meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai isu tersebut biarpun dijanjikan bayaran balik. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya India pun dah boleh start ambil pekerja bangla myammar beramai-ramai seperti M'sia. Sebab orang tempatan malas gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:11 AM | Show all posts
kihkih mau pening company sampai 300 orang MC..adan uke india
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sempoi depa kawtim
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bersatu hati betul depa
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 02:56 PM | Show all posts
bersatu hati
baru boleh demand atau membantah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2024 03:53 PM | Show all posts
Beranikah staff dan aircrew  MAS dan Airasia melakukan hal yang sama ...?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
br tgk iklan utk cabin crew td
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 9-5-2024 03:53 PM
Beranikah staff dan aircrew  MAS dan Airasia melakukan hal yang sama ...?

"makanya kami tki indon yg rajin akan mengisi kekosongan yg ditinggalkan oleh india pemalas"-tki indon
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 04:00 PM | Show all posts
Triple_8 replied at 9-5-2024 09:53 AM
Nampaknya India pun dah boleh start ambil pekerja bangla myammar beramai-ramai seperti M'sia. Sebab  ...

india will never hire bangla or myanmmar as they are enemies sejak azali....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 04:39 PM | Show all posts
seem kelly terasa nak tanya ....  adakah deols secantik bollywood ...  manakala hensem iols x minat la,   byk bulu badan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.063302 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list