CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1024|Reply: 1

[Tempatan] TDM cadang batal kontrak sewa Black Hawk

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan memeriksa perbarisan pada Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 199/23 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, hari ini. - BERNAMA





PORT DICKSON: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan, susulan kelewatan penghantaran pertama helikopter berkenaan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, berkata TDM amat memerlukan keupayaan aset itu bagi melancarkan tugas operasi dan latihan anggota namun pihak kontraktor gagal memenuhi janji dimeterai.

"TDM amat memerlukan keupayaan Black Hawk dan kontrak perolehan atau sewaan aset ini akan banyak membantu kita dalam tugas operasi dan latihan, namun sehingga kini mereka gagal (penghantaran aset).

"Sekiranya pada Mei ini mereka masih gagal memenuhi obligasi ini, TDM akan mengambil tindakan tegas iaitu mengusulkan kepada kementerian supaya kontrak sewaan Black Hawk ini dibatalkan.

"Dengan itu kita boleh ambil langkah seterusnya ia keperluan mendesak dan kami tegas dengan keputusan kami," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 199/2023 membabitkan 1,498 anggota di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, hari ini.

Pada 16 April lalu, Muhammad Hafizuddeain dilapor berkata, TDM akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk yang sepatutnya pada hujung bulan lalu.

Beliau amat berharap kontraktor berkenaan dapat membuat penghantaran peringkat pertama membabitkan satu daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat itu.

Mengulas program hari ini, Muhammad Hafizuddeain berkata, TDM memerlukan lebih ramai calon perajurit muda yang mempunyai kemahiran teknikal dan teknologi bagi memperkukuh kekuatan pasukan tentera.

"Kita sudah menuju ke era teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI), kita memerlukan perajurit muda berkemahiran atau berpengetahuan teknikal berkaitan peralatan digunakan.

"Namun ada juga kerisauan dalam siri pemilihan, ada calon terpaksa ditolak kerana gagal memenuhi syarat asas iaitu dari segi akademik dan saringan kesihatan," katanya.

Dalam ucapannya beliau berkata profesion tentera memerlukan kemantapan rohani, mental serta sikap kepatuhan berintegriti kepada disiplin dan peraturan.

"TDM tidak sesekali berkompromi dengan sebarang salah laku membabitkan pegawai atau anggotanya yang ingkar. Sesungguhnya perkhidmatan disanjung tinggi oleh masyarakat ini perlu terus lestari terpelihara dan dijaga dengan sebaiknya," katanya. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 11:11 AM | Show all posts
baguslahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053619 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list