CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9110|Reply: 0

[Pahang] Seorang maut, dua cedera Toyota Hilux terbabas

[Copy link]
Post time 11-5-2024 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Seorang maut, dua cedera Toyota Hilux terbabas

OlehNORAWAZNI YUSOF

11 Mei 2024 04:38pm




Bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat dalam kemalangan di KM 207, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di Kampung Bungor menghala ke Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Bomba Pahang




KUANTAN - Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 207, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di Kampung Bungor menghala ke Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang duduk di bahagian belakang tersepit dan meninggal dunia.



Menurutnya, lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas ke lokasi kejadian sebaik sahaja laporan kira-kira jam 2.26 petang.

"Pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki lima lelaki itu dipercayai terbabas.



"Dalam kejadian itu, seorang mangsa maut, dua cedera manakala dua lagi selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan alat penyelamat.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049688 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list