CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8706|Reply: 0

[Perlis] Belum tentu khianat punca kebakaran motosikal penuntut UniMAP

[Copy link]
Post time 11-5-2024 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Belum tentu khianat punca kebakaran motosikal penuntut UniMAP


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



MOTOSIKAL milik penuntut UniMAP musnah dalam kebakaran awal pagi hari ini. FOTO Aizat Sharif





Arau: Masih terlalu awal untuk mengaitkan unsur khianat dalam kebakaran 36 motosikal penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diparkir di kolong sebuah blok Kompleks Perumahan (Kolej Kediaman) Pauh Putra, di sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan 26 motosikal musnah sepenuhnya dan 10 lagi rosak.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya masih menunggu laporan pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis berhubung kejadian itu.

"Jadi kita tidak boleh buat spekulasi dalam menentukan punca kebakaran, mahupun motif khianat sebagai sebahagian daripada punca kejadian.

"Pelbagai kemungkinan yang harus diambil kira termasuklah kerosakan teknikal daripada motosikal itu sendiri yang mencetuskan api sehingga berlaku kebakaran.

"Malah, kawasan asrama mempunyai pengawal keselamatan yang tidak mudah untuk orang luar memasuki asrama berkenaan tanpa sebarang urusan munasabah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Mohsin berharap orang ramai tidak membuat andaian punca kejadian sehingga dibuktikan dengan laporan dan siasatan daripada pihak bomba.

Dalam kejadian 4.41 pagi hari ini, sejumlah besar motosikal penuntut UniMAP yang diparkir di kolong asrama lelaki itu musnah dalam dalam kebakaran.



Disiarkan pada: Mei 11, 2024 @ 6:06pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.134356 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list