CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1607|Reply: 8

[Jenayah] Undi PH lebih teruk merosot berbanding PN - Azmin Ali

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.





BATANG KALI: Perikatan Nasional (PN) mendakwa meskipun Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, jumlah undi diperoleh calon daripada Kerajaan Perpaduan, merosot.

Pengarah PRK Kuala Kubu Bharu PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata gabungan itu tidak terkesan dengan penurunan undi biarpun gagal merampas kerusi berkenaan.

"Dahulu kita dapat 10,743 undi dan hari ini kita memperoleh 10,115 undi, sekali gus menyaksikan penurunan hanya 628 undi.

"Di PRK Kuala Kubu Bharu, kita bukan sahaja berdepan dengan PH tetapi kita berdepan dengan dua kerajaan yang mana banyak laporan dan aduan sudah dibuat iaitu menggunakan kedudukan dalam kerajaan bagi menabur janji projek dan sebagainya.

"Tetapi dengan keputusan malam ini, kedudukan kita masih kuat dan tidak terkesan berikutan hanya penurunan 628 undi," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN di Batang Kali di sini, malam ini.

Mohamed Azmin berkata, peratusan keluar mengundi menunjukkan penurunan daripada 69 peratus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding PRK kali ini, 61 peratus.

Bagaimanapun, kataya, penurunan sokongan itu kecil berbanding penurunan peratusan keluar mengundi.

"Kalau kita tengok lokaliti mengikut saluran satu hingga tiga yang terdiri daripada pengundi lama, ia meningkat pada PRK kali ini, memihak kepada PN," katanya.

Beliau berkata, PRK ini memberi kelebihan kepada PN dengan ia berjaya menarik sokongan warga emas, hasil dasar dan program PN.

"Maka mereka (saluran 1-3) memberi undi kepada PN dan ia menunjukkan terdapat peningkatan.

"Namun saluran empat hingga enam itu berlaku sedikit penurunan. Ia tidak beralih ke PH sebab mereka pun berlaku penurunan yang lebih besar daripada PN.

"Ini kerana faktor penurunan peratusan mengundi yang mungkin disebabkan faktor kerja, cuaca dan sebagainya kerana kadang-kadang anak muda memilih mengundi pada waktu petang. Tetapi ia tidak menjejaskan sokongan kepada PN," katanya.

Dalam pada itu, mengenai peratusan keluar mengundi dalam kalangan Orang Asli, katanya, undi kelompok itu memihak kepada PH, namun ia hanya membabitkan 400 undi.

"(Undi) Orang Asli walaupun kita menang di pusat daerah mengundi (PDM) Pertak pada PRN lalu, di PRK PH menang, tetapi saya kira itu terlalu kecil kerana hanya 400 pengundi.

"Namun secara keseluruhan ia tidak menjejaskan prestasi PN kerana jumlah di PDM Pertak itu hanya 413," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sore loser.  Kurang penurunan pun tetap kalah camno?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 10:35 AM | Show all posts
"...PRK ini memberi kelebihan kepada PN dengan ia berjaya menarik sokongan warga emas...."

sorry nak tergelak
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 10:39 AM | Show all posts
Parlimen dan 2 Dun situ  bawah PN tetap kalah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni interview time mabuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 12-5-2024 10:30 AM
Sore loser.  Kurang penurunan pun tetap kalah camno?

Statistik pengundi2 PN/PAS berapa ramai yg dah dapat dosa kerana tak keluar mengundi(fardhu Ain) tak pulak diberitahu peratusannya kheunz? Atau aku terlepa s dengar/baca?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2024 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Undi polis tentera mencanak kan? prn lps kalah teruk.padan muka ko jemin hulu selangor bukan lubuk ko lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawa bawa la bertaubat diri tu.

Asyik nak mencerca je.

Dah kalah tu patut muhasabah diri...jangan merasakan diri di kedudukan selesa.

Kalau nak merasakan diri di kedudukan selesa lebih baik senyap jangan bercakap dan terus kan makan minum tido
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 03:35 PM | Show all posts
umpama masuk olahraga 100 meter ...catatan masa tak laju tapi tetap juga menang pingat emas.


loser lar ko ni azmin...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.086664 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list