CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1456|Reply: 5

[Jenayah] Majoriti selesa di KKB bukti trend pengundi masih kekal kepada PH - Anthony

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.





KUALA LUMPUR: Kejayaan Kerajaan Perpaduan menerusi calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, memperoleh majoriti selesa dan meyakinkan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu menunjukkan 'trend' sokongan pengundi masih kekal kepada gabungan parti itu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata kemenangan itu juga menunjukkan kekuatan baharu Kerajaan Perpaduan melalui kesepakatan kempen yang cukup baik antara PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Beliau mendapat satu majoriti cukup meyakinkan, dengan 14,000 undi dan majoriti lebih 3,800. Ini adalah suatu kemenangan yang sangat meyakinkan.

"Kita juga mendapat penambahan undi dalam kalangan pengundi masyarakat Orang Asli dan pengundi awal. Keseluruhannya kita mendapat sokongan pelbagai kaum.

"Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan kerana menunjukkan kesepakatan dalam kempen kita cukup baik khususnya jentera dari PH, BN dan GPS yang turut sama membantu," katanya pada sidang media, di sini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Sambutan PKR ke-25 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebentar tadi, Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Bharu, Yuhanas Auree Kamaruddin, mengisytiharkan Sock Tao sebagai wakil rakyat baharu selepas menang dengan majoriti 3,869 undi.

Pada masa sama, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan, mahu Sock Tao sentiasa merendahkan diri dan memulakan tugas dengan serta-merta selain sentiasa merapatkan hubungan sesama masyarakat.

Beliau berkata, banyak agenda yang perlu dilaksanakan, bukan sahaja peranan Sock Tao yang akan menjadi penghubung di antara kerajaan negeri dan rakyat, namun tanggungjawabnya membangunkan ekonomi tempatan khususnya mempromosikan ekopelancongan di Kuala Kubu Bharu.

Mengenai peratusan undi yang hanya menjangkau 61 peratus, Anthony bagaimanapun berkata, perkara itu sudah dijangkakan.

"Namun kita berpuas hati kerana lebih 60 peratus, ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) 69 peratus. Walaupun kita harap peratusan pengundi lebih tinggi, kita tahu ramai pengundi tidak balik untuk PRK," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 12:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Menang sebab rasuah besar-besaran naikkan gaji kakitangan awam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat betul menua
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 01:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 06:48 PM | Show all posts
Menang sebab ada anuar dan zahid
Cuba anuar dgn zahid tarik  diri patah kaki lah dap
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.166585 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list