CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7685|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang

[Copy link]
Post time 12-5-2024 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang


Mei 12, 2024 @ 11:08am



Gambar fail. Waktu keemasan atau ‘golden hour’ ketika matahari terbit dirakamkan di atas Jambatan Pulau Pinang di sini, menyaksikan pemandangan indah kepada pengguna jambatan yang menjadi mercu tanda Pulau Pinang. - NSTP/DANIAL SAAD




GEORGE TOWN: Pulau Pinang sasar untuk tarik 150,000 bakat dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan tumpuan kepada industri semikonduktor dan teknologi perubatan, yang penting bagi pertumbuhan ekonomi negeri.

Timbalan Ketua Menteri Jagdeep Singh Deo berkata Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi, sebahagiannya dilaksanakan melalui pembangunan bakat teknologi.

"Inisiatif strategik Pulau Pinang, seperti kerjasama antara industri serta akademik, pelaburan dalam program pendidikan termasuk menarik pelaburan langsung asing, bertujuan meletakkan negeri ini sebagai hab global untuk kemajuan teknologi dan mengekalkan kelebihan daya saingnya dalam rantaian bekalan global," katanya semasa ucapan perasmian di Simposium Utara Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) 2024.

MBOT dalam satu kenyataan berkata simposium ini berfungsi sebagai platform dinamik untuk menggalakkan perkongsian kepakaran selain memudahkan pemindahan pengetahuan berkaitan teknologi termaju.

Ia juga menghubungkan ahli profesional MBOT di bawah rangkaian strategik, memupuk perkongsian ilmu dan kerjasama dengan rakan kongsi strategik di wilayah Utara Malaysia.

Acara sehari anjuran MBOT itu menghimpunkan hadirin daripada pelbagai industri, institusi serta agensi kerajaan bagi memupuk perbincangan dan kerjasama bermakna yang akan membentuk masa depan teknologi di Malaysia.
– Bernama







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.051029 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list