CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4169|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Awas panggilan daripada 'pegawai NSRC'

[Copy link]
Post time 14-5-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

ABM dan AIBIM dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata jumlah penipuan semakin meningkat, pelanggan bank menjadi sasaran sindiket penipuan itu.

Kenyataan itu menggesa pelanggan untuk segera menutup telefon jika mereka menerima panggilan daripada individu mendakwa sebagai pegawai NSRC kerana NSRC hanya menerima panggilan daripada orang ramai dan tidak membuat sebarang panggilan keluar kepada individu.

Ia turut menggariskan modus operandi sindiket penipuan berkenaan, scammer akan menyamar sebagai pegawai NSRC dan cuba menakutkan mangsa dengan mendakwa bahawa maklumat peribadi mereka seperti nombor kad pengenalan atau nombor telefon bimbit mereka dikaitkan dengan aktiviti haram atau penipuan.



Penipuan bermula apabila mangsa menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, mendakwa sebagai pegawai NSRC, seterusnya scamer akan memberitahu bahawa identiti atau butiran peribadi mangsa telah digunakan dalam aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan urus niaga 'keldai akaun.'

Sindiket ini akan menggunakan taktik "soal siasat" yang panjang, meniru penyiasatan sebenar untuk menyakinkan mangsa, ia melibatkan panggilan telefon berulang dalam tempoh berpanjangan.

Akhirnya, selepas mendapat kepercayaan mangsa, scammer akan meminta mangsa untuk meninggalkan kad debit/ATM mereka di lokasi yang ditetapkan.

Ia membolehkan scammer mengakses akaun perbankan dalam talian mangsa untuk membuat pemindahan dan pembayaran bil tanpa kebenaran serta membuat pengeluaran tunai tanpa kebenaran di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan kad bank mangsa.

Jika mangsa tidak mempunyai kemudahan perbankan dalam talian sedia ada, scammer boleh mendaftar untuk mangsa.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata bank juga menggalakkan orang ramai berhati-hati terhadap scammer menyamar sebagai pegawai daripada agensi penguatkuasaan dan badan kawal selia seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menggunakan taktik ugutan dan mewujudkan rasa ketakutan menerusi telefon untuk memanipulasi mangsa supaya memindahkan wang daripada akaun bank mereka.

Persatuan bank itu juga mengingatkan pelanggan bahawa bank tidak akan sekali-kali meminta maklumat sensitif seperti nombor kad kredit atau debit, nombor nilai pengesahan kad (CVV), nama pengguna perbankan dalam talian dan kata laluan sekali (OTP) atau nombor Kod Pengesahan Urus Niaga (TAC) .

"Pelanggan dinasihati supaya tidak klik pada pautan daripada nombor yang tidak dikenali, memuat turun aplikasi daripada pautan pada aplikasi pemesejan seperti Telegram dan WhatsApp, berkongsi nama pengguna dan kata laluan perbankan dengan sesiapa sahaja, dan melayan panggilan telefon atau mesej daripada nombor telefon mudah alih yang tidak diketahui.

"Pelanggan yang telah menjadi mangsa penipuan harus segera menghubungi NSRC di 997 atau talian khidmat pelanggan bank yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk mendapatkan bantuan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ripada-pegawai-nsrc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050927 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list