CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5270|Reply: 0

Inspektor Sheila gagal batal tuduhan sebabkan kegusaran awam

[Copy link]
Post time 16-5-2024 01:33 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Permohonan representasi yang dikemukakan pegawai polis tular, Inspektor Sheila, bagi membatalkan tuduhan menyebabkan kegusaran orang awam dengan membunyikan hon kereta dalam tempoh lama, ditolak oleh pihak pendakwaan.


Pada prosiding sebutan kes itu hari ini bagi mengetahui status representasi, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memaklumkan kepada Mahkamah Majistret bahawa pihaknya menolak representasi Inspektor Sheila atau nama penuhnya Sheila Sharon Steven Kumar, 36, yang dikemukakan pada 20 Februari lalu.


Berikutan itu, peguam Anis Salihah Abdul Malek yang mewakili Inspektor Sheila memohon supaya tarikh perbicaraan baharu ditetapkan kerana peguam utama, M Manoharan yang mengendalikan kes berkenaan perlu menghadiri kes lain di Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada tarikh sama.


Katanya, mahkamah sebelum ini menetapkan pada 10 dan 11 Jun ini bagi tarikh perbicaraan.


Sehubungan itu, Majistret Illi Marisqa Khalizan kemudian menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan iaitu pada 1 dan 2 Julai ini.


Pada prosiding 21 Mac lalu, Manoharan mengesahkan kepada pemberita bahawa pihaknya menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), atas alasan pertuduhan dihadapi anak guamnya itu adalah remeh.


Pada 8 November tahun lalu, Inspektor Sheila selaku Orang Kena Saman (OKS), mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit.


Dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memarahi dan membunyikan hon kereta dengan panjang atau lama serta menjerit di tempat kejadian sehingga mendatangkan kegusaran awam, kepada Nuraihan Nadzifah Ibrahim, 28.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Aras B1 sebuah pusat beli-belah dalam daerah Brickfields di sini pada jam 5.26 petang 16 Jun lalu, mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum bawah Seksyen 290 KK.


Jika sabit kesalahan, Inspektor Sheila yang mempunyai ijazah dalam bidang bahasa dan linguistik, boleh dihukum denda sehingga RM400.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048206 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list