CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8586|Reply: 0

[Melaka] Ugut bakar adik kandung guna petrol

[Copy link]
Post time 16-5-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

Arumugam mengaku salah mengugut adiknya dengan menyimbah mangsa dengan petrol. Foto Meor Riduwan Meor Ahmad

Jasin: Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, tadi, atas tuduhan mahu membakar adik kandung dengan menyimbah petrol ke arah mangsa selepas bertengkar berkaitan hal keluarga, Isnin lalu.

Tertuduh, B Arumugam, 41, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan dan diterangkan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.

Prosiding itu didengar Majistret Nabilah Nizam manakala pendakwaan dan pembelaan, masing-masing diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib dan peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan ketakutan dengan cara menyimbah petrol kepada adik lelakinya, Surendran, 27, di rumah mereka di Jalan Kolam Air, Taman Maju, di sini, jam 6.18 petang, Isnin lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berikutan tertuduh mengaku bersalah, pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu bagi fakta dan hukuman serta menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Peguam merayu jaminan dikurangkan kerana tertuduh mempunyai dua anak masih bersekolah berusia 11 dan 12 tahun serta isteri tidak bekerja.

Katanya, tertuduh hanya bekerja sebagai pemandu lori dan turut menanggung ibu bapa yang sudah tua selain memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kes itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM3,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu fakta dan hukuman pada 10 Jun depan di Mahkamah Majistret Jasin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kandung-guna-petrol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054268 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list