CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11979|Reply: 5

[Tempatan] Warga emas maut dilanggar kereta mengundur

[Copy link]
Post time 17-5-2024 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Warga emas maut dilanggar kereta mengundur

https://www.freemalaysiatoday.co ... r-kereta-mengundur/

Bernama
17 May 2024, 07:00 AM


Menurut polis, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan.

Wanita berusia 60an itu parah di kepala dan badan selepas dilanggar keretanya yang mengundur selepas terlupa menarik brek tangan.

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan, selepas memarkir kenderaan itu di kediamannya di Taman Sri Amar, pagi semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata dalam insiden pada 10.40 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan selepas dilanggar serta diseret kira-kira 10 meter ke jalan raya.

“Kematian mangsa telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultan Ismail dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pada masa sama, kita memohon agar saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Nurul Hafiza Othman di talian 014-806 8350,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Hadi Mohamad pula berkata semasa pihaknya iaitu pasukan keluaran operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Perodua Axia telah bergerak dalam keadaan mengundur ketika mangsa hendak membuka pintu pagar rumahnya.

“PKO bertindak mengangkat mangsa yang ditemukan di antara kereta dan tembok rumah itu dengan menggunakan pengusung sebelum dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Jenazah mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan berasingan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 08:33 AM | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...
Kete Makan tuan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:29 AM | Show all posts
Takziah. Dah tiba ajalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:43 AM | Show all posts
kereta auto/manual letak kat n je ke?
kereta i kalau letak kat n pastu buka pintu terus bunyi alarm..
letak kat p baru senyap..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.388751 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list