CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12263|Reply: 0

[Tempatan] Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah

[Copy link]
Post time 17-5-2024 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah

https://www.bharian.com.my/berit ... -pkr-diketuai-nurul

Mei 16, 2024 @ 10:55pm


Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC), Liu Jianchao, di Beijing. - Foto ihsan IDCPC

KUALA LUMPUR: Delegasi pegawai kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar pada Selasa, mengadakan pertemuan dengan Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC), Liu Jianchao, di Beijing.

Menurut artikel yang disiarkan di laman web Jawatankuasa Pusat CPC (idcpc.org.cn), Nurul Izzah berkata, dalam pertemuan itu bahawa Malaysia sangat mementingkan hubungannya dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.

Beliau berkata, berbanding CPC, PKR adalah parti politik muda dan beliau berharap dapat mengetahui lebih lanjut mengenai China dan CPC melalui lawatan itu, termasuk belajar daripada pengalaman China dalam pembasmian kemiskinan.

"Malaysia menghargai tradisi kemerdekaan dan masyarakat majmuk. Pada masa ini, keamanan dan pembangunan dunia, termasuk kestabilan rantaian bekalan, menghadapi banyak cabaran dan pihak Malaysia bersedia bekerjasama dengan pihak China untuk bersama-sama menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini," katanya.

Menyedari bahawa ia adalah lawatan pertama beliau ke luar negara sejak menjadi Naib Presiden PKR, beliau berkata, tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

"Bukan kebetulan bahawa delegasi kami terdiri daripada 50 ahli," katanya.

Sementara itu, Liu berkata, di bawah bimbingan bersama Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hubungan China-Malaysia menikmati pembangunan yang kukuh.

Beliau berkata, China bersedia bekerjasama dengan Malaysia untuk melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin mereka, meningkatkan kepercayaan strategik bersama, menghormati kepentingan teras dan kebimbangan utama masing-masing dan mengukuhkan asas politik bagi komuniti China-Malaysia dengan masa depan bersama.

"Pada masa ini, perubahan penting semakin pesat di seluruh dunia dan rantau Asia Pasifik secara keseluruhannya telah mengekalkan keamanan dan kestabilan. Ini tidak datang dengan mudah.

"Pihak China bersedia untuk bekerjasama dengan negara ASEAN bagi menggalakkan pembangunan bersama di rantau ini dan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat," katanya semasa pertemuan itu.

Beliau berkata, CPC menghargai hubungannya dengan PKR dan bertujuan meningkatkan pertukaran peringkat tinggi, komunikasi strategik dan kerjasama melalui platform 'parti politik+' untuk mengukuhkan hubungan dua hala.

"Diharapkan generasi muda kedua-dua parti akan mengukuhkan komunikasi dan menyumbang kepada pembangunan jangka panjang, kukuh dan stabil hubungan antara kedua-dua parti dan kedua-dua negara," katanya sambil menyatakan bahawa belia mewakili masa depan. - BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199723 Replies : 4690
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11862 Replies : 11
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5041 Replies : 9
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10822 Replies : 57
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3631 Replies : 27
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21549 Replies : 62

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.143182 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list