CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4856|Reply: 0

[Dunia] Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari

[Copy link]
Post time 18-5-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent untuk lawatan rasmi tiga hari pertamanya ke Uzbekistan bermula hari ini hingga 19 Mei. -Foto BERNAMA

TASHKENT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan, yang bertujuan meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari Kazakhstan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent di sini pada jam 2.15 petang waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia).

Sebaik tiba Anwar disambut oleh Perdana Menteri Uzbekistan, Abdulla Nigmatovich Aripov, Menteri Luar Uzbekistan, Bakhtiyor Saidov, Datuk Bandar Tashkent, Shavkat Umrzakov dan Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Ilham Tuah Illias.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata lawatan rasmi ini adalah atas jemputan Mirziyoyev.

Uzbekistan adalah perhentian terakhir lawatan Anwar ke tiga negara Asia Tengah. Anwar sebelum ini membuat lawatan rasmi ke Kyrgyzstan dan Kazakhstan.

Ketika lawatannya ke Uzbekistan Perdana Menteri akan diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Dari lapangan terbang, perdana menteri akan berlepas ke Istana Presiden Kuksaroy untuk mesyuarat dua hala, antaranya bagi membincangkan hubungan antara Malaysia dan Uzbekistan, serta meneroka bidang kerjasama yang berpotensi.

Esok, Perdana Menteri dijadualkan melawat Kompleks Imam Hazrati, yang menyimpan manuskrip asal Khalifah Usman Quran (Mashaf Uthmani) – yang tertua di dunia.

Dari Tashkent Anwar akan berlepas ke Samarkand, dan beliau dijadualkan menyampaikan ucapan di Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia Peringkat Tinggi di Kompleks Pelancongan Jalan Sutera Samarkand.

Malaysia dan Uzbekistan menikmati hubungan rapat yang terjalin sejak 1992.

Uzbekistan yang terletak di Asia Tengah pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet, ia sebelum mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1991.

Ia dikelilingi oleh lima negara - Kazakhstan di utara, Kyrgyzstan di timur laut, Tajikistan di tenggara, Afghanistan di selatan dan Turkmenisten di barat daya.

Pada 2023, jumlah perdagangan Malaysia-Uzbekistan ialah RM451.1 juta (AS$94.03 juta), dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) dan import berjumlah RM1.99 juta (AS$414,518).

Lawatan terakhir Perdana Menteri Malaysia ke Uzbekistan dibuat oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

– BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050508 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list