CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5692|Reply: 0

[Terengganu] Pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus maut kemalangan

[Copy link]
Post time 21-5-2024 04:00 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba sedang mengeluarkan mayat Juhari yang tersepit dalam keretanya akibat kemalangan di Jalan Kampung Bukit Putera berhampiran persimpangan Telaga Papan - Chalok, Setiu semalam.

SETIU – Seorang pegawai Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Nerus yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas kereta BMW 525(A) yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Bukit Putera berhampiran persimpangan Telaga Papan – Chalok di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 5.40 petang itu, mangsa, Juhari Mohamad, 59, yang merupakan Penghulu Tinggi (Pembangunan Masyarakat) PTD Kuala Nerus meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintendan (ASP) Burhanuddin Mustafa berkata, sewaktu kejadian, Juhari dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Putera Jaya di sini dari pejabatnya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis BMW 525(A) dipandu mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi gagal.

“Kereta dinaiki mangsa kemudiannya bertembung dengan sebuah lori yang berada di laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Burhanuddin berkata, impak perlangggaran tersebut menyebabkan kereta jenis BMW 525(A) dipandu Juhari remuk teruk.

Beliau berkata, mayat lelaki telah dibawa keluar dari kereta yang remuk tersebut sebelum dihantar ke Unit Forensik, Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... us-maut-kemalangan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.049420 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list