CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3282|Reply: 0

Makanan Kucing Terbaik Mesti Ada Lima Vitamin Penting

[Copy link]
Post time 14-12-2015 08:29 PM | Show all posts |Read mode


Foto:[url=http://www.wom.my/ada-apa/makanan-kucing-terbaik/%20]simplycatbreeds[/url]
Makanan Kucing Terbaik.Kucing adalah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba.
Pada zaman itu, ia dijadikan penjaga untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. Kucing mempunyai baka campuran yang pelbagai.
Terdapatpelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor dan mereka wujud dalam jenis yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan sangat tidak mesra.

Memilih Makanan Kucing
Keperluan nutrisi kucing yang unik menjadikannya haiwan itu cerewet dalam memilih makanan sehariannya. Ia sentiasa berhati-hati memilih makanan dan akan menolak makanan tersebut jika didapati baunya berlainan daripada makanan asal ataupun makanan itu mempunyai suhu dan rasa yang berbeza.
Sifat semulajadi kucing yang suka menghidu dan merasa membuatkan ia cepat mengesan jika makanan tersebut sudah tidak segar. Kucing yang diberi makanan yang baik dan berkhasiat sentiasa aktif, mempunyai mata yang bersinar dan bulu yang berkilat.


Nutrisi Penting Untuk Kesihatan Kucing
1. Protein
Protein diperlukan untuk tumbesaran kucing dan dapat membantu membaiki tisu-tisu dalam tubuh badan kucing.

2. Asid lemak
Membantu memberi kucing anda bulu yang berkilat dan bersinar.

3. Kalsium & Vitamin D
Membina tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

4. Karbohidrat
Memberi tenaga dan serat dalam diet kucing.

5. Vitaman A
Diperlukan untuk menghasilkan mata yang sihat.


Peraturan & Cara Memberi Kucing Anda Makan
  • Sentiasa memastikan bekas makanan dan perkakas memberi makan dalam keadaan bersih.
  • Jangan beri kucing anda makan makanan haiwan lain seperti makanan untuk anjing.
  • Jangan beri kucing anda makan makanan yang sudah rosak walaupun sedikit.
  • Sentiasa memantau berat badan kucing anda dan pastikan kucing anda tidak diberi makan secara berlebihan.
  • Jika kucing anda diberi makanan segar seperti ikan dan ayam, sentiasa memastikan tulang sudah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada si manja anda.
  • Buang sisa-sisa makanan yang tidak dihabiskan oleh kucing.
  • Jangan meletakkan semula makanan yang telah dipanaskan di dalam peti sejuk.
  • Bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan jika mendapati kucing enggan makan selama 24 jam.



http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.061149 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list