CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322086|Reply: 2688

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 6-9-2004 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

Siapa pernah pergi umrah? saya teringin sangat nak pergi umrah...
bagi yg pernah pergi umrah tu tolonglah ceritakan pengalaman anda.
Syarikat mana agak2nya yg menyediakan pakej yg baik dan sempurna..
Berapa agaknya belanja yg patut disediakan untuk pergi umrah ni..
lagi satu apakah persediaan yg perlu dibuat sebelum pergi umrah?

wassalam...
moga2 dapatlah aku pergi umrah satu hari nanti...:pray:

[ Last edited by  chumpon at 10-1-2008 10:28 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2004 09:41 PM | Show all posts
Mentol..
kak liza syurkan supaya U mendapatkan khidmat pakej umrah dari kawasan u sebab senang nak berhubung dengan mereka..sekiranya ada perkara yg berbangkit..

satu lagi yg penting U hendaklah lengkapi pengetahuan mengenai umrah ni sebaik-baik yg mungkin kerana bukanlah senang nak buat umrah selalu..
sebab jika dah rasa was-was tentu rugi saja pemergian U tu..

selalunya syarikat yg kendalikan umrah ni ada menganjurkan kursus untuk pergi dan persediaan umrah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2004 09:13 AM | Show all posts
terimakasih kliza, kalau nak pi memang saya kena bersedia seawal2nya....
saya kena lengkapkan diri secukup2nya dengan pengetahuan mengenai umrah ni.
Bukan nak pi sekarang kliza...mungkin 3,4 tahun lagi kot.....bila ada rezeki nanti...
kalau sesiapa ada cerita mengenai umrah lagi tolonglah kongsi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2004 10:40 AM | Show all posts
METOLLICA,

apa kata, u mulakan dgn ikuti kursus haji yg dibuat di kawasan u. Ibadah umrah ni sebahagian daripada apa yg perlu dibuat ketika u menunaikan haji. Secara tak langsung, u dpt ilmu utk kedua2nya & pemahaman yg lebih jelas & menyeluruh.

Selalunya, untuk umrah, syarikat yg sediakan pakej umrah cuma akan adakan crash course selama sehari.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2004 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by azaleena at 7-9-2004 10:40 AM:
METOLLICA,

apa kata, u mulakan dgn ikuti kursus haji yg dibuat di kawasan u. Ibadah umrah ni sebahagian daripada apa yg perlu dibuat ketika u menunaikan haji. Secara tak langsung, u dpt ilmu utk ...

Mentollica...
betul sapeti kata azaleena tu..
kalau nak pergi lambat lagi..seeloknya ikuti kursus haji yg diadakan di kawasan rumah U...

kenapa tak pergi Haji terus jer..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2004 11:48 PM | Show all posts
Mentolicca,

ari7 baru mengerjakan umrah pada bulan jun yg lepas (summer)..alhamdullillah walaupon dlm musim panas (46-38 degrees) tapi x terasa.rasanya seperti duduk di sebelah unggun api.begitulah kepanasannya.yg penting fikirkan niat kita untuk buat umrah pasti segalanya menjadi mudah dan selesa...insya-Allah

firstly-->my advice would be on your financial status.mungkin Mentolicca ingin menunaikan umrah kerana limitation of money.berbanding haji,umrah's expenses (through travel agencies' package) adalah lebih murah (apparently,becos of the shorter period of time--->usually 14 hari or even 7 days).Terdahulu saya membelanjakan lebih kurang RM3800 lebih utk satu pakej umrah 14 hari.Range could be lower or even higher depends on--->your flight (chartered or transit),accomodation etc.Paling tinggi yg saya pernah dengar (sebab bbrp bulan selepas saya pergi umrah my collegue too went to umrah) and he spent nearly 8K.tapi mmg berbaloi sebab facilities dia lebih baik.Jika dikirakan nak buat haji pon dah menelan belanja lebih kurang 7K.if u do have such amount x salah buat haji terus.

tapi,kelebihan buat umrah dahulu before doing ur haji is very much an ADVANTAGE to you (saya recommend ini).sebabnya--->lebih familiar dengan kawasan di madinah dan mekah,maka lebih mudah anda menunaikan ibadah haji kelak.ketika umrah,rukun yg wajib ialah membuat tawaf,saei,tahalul selain niat ihram di miqat.jelas,rukunnya kurang berbanding membuat haji di mana perlu bermalam di mina..melontar jamrah etc..ketika ini anda boleh tahu setakat mana kemampuan FIZIKAL anda.jangan terkejut sebab even ada org muda yg kuat fizikalnya..boleh collapse ketika buat umrah.

secondly--->persediaan FIZIKAL.seperti yg saya terangkan di atas.hakikatnya,menunaikan umrah perlu mempunyai KEMAMPUAN.bukan setakat kewangan malah FIZIKAL.pastikan anda betol2 bersedia.biasakan berjalan jauh kerana melakukan tawaf 7 pusingan dan mendaki safa dan marwah 7 kali sememangnya memerlukan stamina yg tinggi.kerana itu saya katakan ada juga org muda yg collapse sebabnya mungkin mereka x mempunya stamina yg mencukupi di samping berlakunya perubahan cuaca yg mendadak.nasihat saya-->don't overexpose urself to sunlight.even if u feel u can cope to it tapi sebenarnya anda x perasan anda dehidrated.ini menyebabkan anda kene heat stroke lalu collapse.saya bukan nak menakutkan tapi cuma memberikan pendedahan kepada semua agar anda boleh bersedia.

thirdly-->advice on choosing the agencies.saya x boleh recommend kan agency yg baik utk Mentolicca atas sebab2 tertentu.cuma nasihat saya,ketika memilih agensi,pilihlah yg terbaik (so it worth ur money).kita bukan boleh pergi selalu.dengan itu,make the first could be the best.agensi sangat2 memainkan peranan penting.di mana segala pengurusan akn dilakukan olh mereka.bagi first timer,surely they'll rely on this agency yg BIASANYA menyediakan mutawwif utk beri guidance ketika di sana baik ketika melakukan ibadah mahupun ziarah.ketika memilih,saya nasihatkan bertanya2kanlah dahulu latarbelakang agensi melalui pengalaman rakan2 yg pernah mengikuti agensi tersebut.

fourthly--->persediaan ilmu.adalah baik bagi anda untuk mengetahui segala rukun2 serta tertib ketika mengerjakan umrah dan ketika berada di tanah suci.supaya segalanya berjalan lancar.kebiasaannya,pihak agensi akan mengadakan dahulu kursus sebelum berlepas ke tanah suci.terdapat juga CD2 dan buku2 panduan yg memberi panduan serta illustrasi di tanah suci.

menceritakan pengalaman saya-->saya tlh mengambil pakej selama 14 hari..1 malam di abu dabhi,2 hari di madinah serta seterusnya di mekah al-munawarrah bg menunaikan umrah.sesetengah pakej akn melalui brunei terlebih dahulu.bergantung kepada perjalanan flight.if it's chartered flight,u're lucky..terus direct ke jeddah.

pengalaman umrah pertama sangat menyeronokkan.sungguh bertuah kerana akhirnya saya juga diperkenankan oleh Allah untuk menjadi tetamu-Nya.alhamdullilah,dapat juga saya mengerjakan 7 kali umrah yg bersamaan dengan 1 haji.saya selalu mengerjakan umrah pada setiap malam kerana lebih mudah dan cuaca agak selesa.sekiranya berkesempatan,selepas solat subuh terus ke miqat utk niat ihram dan seterusnya melakukan umrah.

currency exchange--->1 RM-1 riyal (lebih kurang)

ok..smoga Metollica dimurahkan rezki utk menunaikan umrah secepat mungkin.dan tahniah kerana telah dibukakan hati utk menjadi tetamu-Nya.saya juga berharap diwaktu terdekat ini dapat lagi menunaikan umrah.betullah kata orang sekali kita sudah sampai ke tanah suci pasti hati ini akan terpanggil2 dan teringat2 ke sana.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2004 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by mentollica at 9/6/04 05:52 PM:
Assalamualaikum...

Siapa pernah pergi umrah? saya teringin sangat nak pergi umrah...
bagi yg pernah pergi umrah tu tolonglah ceritakan pengalaman anda.
Syarikat mana agak2nya yg menyediakan pa ...

AKU PERNAH PERGI...
RAMADHAN TAHUN 1998...
MAK BAPAK SPONSOR...
AGAK2 DLM RM5,000 KOT..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2004 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by mentollica at 9/6/04 05:52 PM:
Assalamualaikum...

Siapa pernah pergi umrah? saya teringin sangat nak pergi umrah...
bagi yg pernah pergi umrah tu tolonglah ceritakan pengalaman anda.
Syarikat mana agak2nya yg menyediakan pa ...

PENGALAMAN AKU MASA PI UMRAH...
waktu tu bulan puasa, satu bulan aku kat sana...sebelum aku pergi aku rasa takut jugak sebab aku ni mmg ada penyakit migrain, pantang kena panas sikit terus lembik.Tapi masa aku kat sana tak pulak, mungkin ini semua kuasa ALLAH.Time bulan puasa agak meletihkan. Dalam sebulan tu aku buat 5 kali umrah. tak larat.Pagi-lepas solat subuh, kena pergi kat tanah halal dulu-untuk niat pastu balik ke tanah haram buat tawaf & saei, tu semua ambik masa 3 jam atau lebih.lepas tu rehat sekejap dah masuk fardhu zuhur.biasanya lepas zuhur aku balik hotel, tidur & rehat. Solat asar terus tunggu maghrib dan berbuka puasa kat masjidilharam.Waktu tersebut boleh buat byk perkara...ngaji ke..lg satu time dekat2 nak  berbuka paling best sebabb time ni ramai yg dok membahagi2kan buah kurma, aku pun ada tolong jugak menbahagi-bahagikan kat orang yg lalu lalang sepanjang org bersaei...
lepas berbuka-dgn hanya makan buah kurma dan solat maghrib, terus balik hotel dan kat sana lah baru makan nasi yg telah disediakan oleh pihak pengurusan pakej kita tu.
lepas tu pi masjidilharam lagi, solat isyak dan tarawih....time ni mmg rase letih...abis semua tu lebih kurang jam 11, terus balik hotel dan tidur..
Untuk 10 hari terakhir, dorang buat solat tahajjud, biasanya 10 rakaat ambik masa 2 jam iaitu jam 1-3 pagi..ko bayangkan.....!!!!! nak tinggal rase sayang pulak sebab bila lagi nak merasa...ditambah pulak imam tu asyik menangis time baca surah2 tertentu...satu lagi waktu rukuk dan sujud ambik masa lebih kurang 5 minit....BAYANGKAN LAH.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2004 09:36 AM | Show all posts
terimakasih atas penerang Ari yg begitu lengkap sekali...
terimakasih juga kepada naiza dan lain2...

saya mesti pergi berkursus dulu untuk mendapatkan pengetahuan selengkap2nya
tentang umrah.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2004 02:52 PM | Show all posts
Kak uda alhamdulillah dah dapat menunaikan haji pada musim haji yang lalu iaitu bulan Jan 2004.Sebelum ni belum pernah pergi umrah, so pengalaman pertamalah.Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan baik.Rasanya nak pergi buat umrah pula.Bersetuju dengan pendapat ari7 iaitu kalau duit cukup lebih kurang dengan tambang pergi haji,baiklah pergi haji dulu sebab dalam haji ada umrah.Tapi kalau nak selesa,kena tambahlah duit dan pergi dengan package.
Memanglah buat umrah ni memerlukan tenaga especially semasa saei.Kak uda bersyukur betul sebab dapat menunaikan segala rukun dengan sempurna.kesian juga tenguk orang tua-tua yang tak larat.Memang kalau ada duit, eluklah pergi semasa muda.Tapi ada juga orang muda seperti kata ari7 yang collape - rezeki masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2004 04:23 PM | Show all posts
alhamdullilah ...

pi thn 1989 dulu...
khabarnya dah jaaaaaaaaaaauh berbeza....

ari7 -- good info
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2004 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by gorgonz at 11-9-2004 04:23 PM:
alhamdullilah ...

pi thn 1989 dulu...
khabarnya dah jaaaaaaaaaaauh berbeza....

ari7 -- good info

kak liza pulak p buat Haji pada tahun 2002..
memang banyak perubahan gorgnz..

rasa macam baru balik jer..seronok tak abis lagi dapat p sana..

kak liza pun tak pernah buat umrah sebelum p buat Haji tu..
tapi kak liza ikuti kursus Haji selama 4 tahun..
baca buku panduan Haji..tenguk vedio..CD..internet dan sebagainya..
alhamdulillah kak liza tak der apa-apa masalaah yg berat lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2004 01:02 PM | Show all posts
gorg, kalau dah pernah pi tu ceritalah sedikit pengalaman buat panduan saya nanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2004 09:22 PM | Show all posts
tahun ni saje 3 orang dalam ofis saya gi umrah..

bulan ni seorang colleague saya berangkat utk menunaikan umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2004 12:50 PM | Show all posts
I pergi tahun 2003. rayhar agencies.

Pacakge tu abot 10 k, berdua lah, ada yg murah sikit, tp since kitarang amik bilik berdua....

Nanti I story all abot there ok.

Apapupn, b4 pergi umrah tu, dia akan adakan kursus utk kita, specially yg first timer dan tak tau apa pa....

Good experience .. good one..seronok..mmg seronok..nnati i story k

Cuma as for now, telaga zam zam dah dikatup terus, tak leh tengok dah..masa i pergi temphari dia dalam pembikinan...the haj then, it was closed to ppl, jd tak leh tengok telaga dah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 11:21 AM | Show all posts
Me insyaAllah pegi next year (kena tungu lepas haji laa kan) ngan my mother and sis... Tak sabar!!!!...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2004 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by Strawberry at 16-9-2004 11:21 AM:
Me insyaAllah pegi next year (kena tungu lepas haji laa kan) ngan my mother and sis... Tak sabar!!!!...



yea....bestnye....doakan kite dapat keje bile dah grad nnti...takpun dapat further study keee  lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2004 09:50 PM | Show all posts
dah pegi dah..bulan pose 1997
pasti sekarang ni dah banyak yang berubah.
pengalaman kat sana sangat2 indah..bila saja ada yang sebut nak gi umrah
rasa syahdu sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2004 08:26 AM | Show all posts
happy baca yg all of u ada pengalaman yg seronok kat sana...n ada yg betul2 look forward nak pegi...we pray that cita2 engkorang cepat tecapai...
saya cuma nak mintak frm those yg dah pegi to share here..(besides the holistic experience...which i truly believed,susah nak describe dgn pekataan aje)...pengalaman condition dan pemandangan perjalanan disana..say frm mekah to madinah...the people,mesti jumpa ramai org...the service...dgn locals dan bila berurusan dgn authority...n the foods...its good kalau boleh share kat sini...thanx.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2004 04:55 PM | Show all posts
masa pegi dulu musim sejuk..masa dlm bas dr jeddah ke madinah cuaca kat luar nampak panas sangat..bila bas behenti utk solat, terkejut sgt bila mula2 turun tu, sejuk giler wpun cuaca panas..

spjg jln dlm bas tu terbayang kisah2 anbiya' naik unta dr satu kwsn ke kwsn lain sbbnya hanya unta shj yang akan kita jumpa spjg jln tu. paling seronok sekali masa nak berbuka. ramai sangat yang bahagi2 makanan. ada kurma, ada roti, ada susu, ada jem dll. kalau nasib baik dpt nasi minyak atau air kotak. nasi minyak punyala best sampai masih terasa kat tekak aku ni..

dok kat sana kena jaga betul2 hati tu..maklumlah tempat suci kan.. ada satu hari tu aku nak pi tawaf, tengok atas dlm hati aku berkata..panasnya..jam masa tu kul 1 tgh. aku turun gak dan bila turun rasa cam matahari betul2 ikut aku..panas.. .esoknya aku jaga betul2 hati aku wpun nampak panas tapi aku tak kata apa2..so masa tawaf mmg tak rasa panas sikit pun..betullah yang kita selalu dok baca dlm buku/mjlh tu..jgn celupar masa kat sana..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.078548 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list