CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 0

Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok bantu generasi muda henti tabiat merokok

[Copy link]
Post time 30-9-2022 08:01 AM | Show all posts |Read mode
Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok bantu generasi muda henti tabiat merokok



Kerajaan terus komited dan sentiasa berusaha ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bebas rokok dan mencapai hasrat Generation End Game (GEG) yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.

Menurut Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Dr Noormi Othman, pihaknya optimis untuk meneruskan pelaksanaan program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK).

Katanya, KOTAK adalah insiatif strategik pencegahan dan intervensi merokok dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah seluruh negara yang diperkenalkan sejak 2016.




“Kira-kira 8,000 pegawai kami di seluruh negara menjalankan pemeriksaan mulut untuk mengesan sebarang masalah kesihatan mulut dan pada masa sama melaksanakan saringan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah.


“Pegawai ini dilatih untuk mengenalpasti murid yang merokok dan berisiko tinggi untuk merokok agar usaha pencegahan, intervensi ringkas dan lanjutan dapat dilaksanakan termasuk sesi kauseling oleh pegawai pergigian yang mensasarkan perubahan tingkahlaku agar murid yang merokok atau menghisap vape ini terdorong untuk berubah seterusnya mengambil tindakan berhenti,” katanya pada sidang media ketika ditemui baru-baru ini.


Jelasnya lagi, berdasarkan Tinjauan Kesihatan Remaja 2017, didapati 13.8 peratus remaja adalah perokok di usia muda yang berkemungkinan untuk menjadi perokok sehingga dewasa.

“Pada 2019, menerusi program KOTAK, saringan membabitkan 2.7 juta (99.4 peratus) murid sekolah rendah dan 1.95 juta (97.4 peratus) murid sekolah menengah dijalankan.

“Daripada saringan itu, didapati seramai 1,240 orang (0.04 peratus) perokok membabitkan murid sekolah rendah dan 67,763 orang (3.4 peratus) adalah murid sekolah menengah.

“Daripada 855 murid sekolah rendah yang menjalani intervensi ini, seramai 762 iaitu 89 peratus sudah mengambil tindakan untuk berhenti merokok manakala bagi murid sekolah menengah pula, daripada 39,340 yang menjalani intervensi seramai 17,767 orang (45 peratus) sudah mengambil tindakan untuk berhenti merokok.


“Selagi ada rokok, selagi itu KOTAK akan diteruskan mengambil kira keberkesanannya dalam mencegah tabiat merokok dalam kalangan murid sekolah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata  pihaknya menyokong usaha kerajaan untuk melaksanakan GEG yang mana ia telah diwujudkan sejak dahulu melalui pelbagai inisiatif termasuklah mengisytiharkan larangan merokok dan vape di pejabat korporatnya, RedQ dan kawasan sehingga 500 meter daripada premis berkenaan sejak 1 Oktober 2019.


“Kami juga berhenti menjual rokok bebas cukai di dalam penerbangan bermula 1 Oktober 2019 selain papan tanda ‘anda dilarang merokok’ dipasang di sekitar premis pejabat untuk menggalakkan Allstars (kakitangan AirAsia) tidak merokok semasa waktu bekerja.


“Beberapa inisiatif lain juga sedang dalam perancangan antaranya termasuklah bantuan berhenti merokok untuk Allstars dengan memperkenalkan aplikasi kesihatan dalam talian (ONEHealth) yang menawarkan rundingan dan kaunseling dengan doktor berpengalaman selain menjalin kerjasama dengan syarikat pengedar terapi penggantian nikotin untuk pemberian subsidi atau penajaan produk berkaitan kepada Allstars,” ujarnya..


Sumber:https://ohmymedia.cc/program-kes ... nti-tabiat-merokok/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196999 Replies : 4559
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.367115 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list