CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3342|Reply: 4

Sebelum Terlambat, Ketahui 7 Aktiviti Hubungan Sek* Yang DILARANG Dalam Islam

[Copy link]
Post time 4-7-2023 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum Terlambat, Ketahui 7 Aktiviti Hubungan Sek* Yang DILARANG Dalam Islam



Hubungan seks antara suami isteri sememangnya perkara yang digalakkan kerana boleh meningkat rasa cinta dan sayang. Namun, perlu diingatkan agar tidak melakukan aktiviti hubungan seksual yang dilarang dalam Islam.

Ini kerana beberapa aktiviti tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan tidak selaras dengan ajaran agama Islam. Sebelum terlambat, jom baca dulu.

7 AKTIVITI HUBUNGAN SEKSUAL YANG DILARANG DALAM ISLAM


1. Curang & lakukan zina bersama orang lain

Perlu diingatkan bahawa sekiranya pasangan suami isteri ada menjalin hubungan sulit dan melakukan hubungan seks, itu telah termasuk ke dalam zina muhsan. Zina muhsan bermakna zina dilakukan oleh orang yang sudah berkahwin atau sudah mempunyai suami atau isteri.

2. Guna alat bantuan seks

Alat bantuan seks digunakan untuk meningkatkan nafsu syahwat. Dalam konteks hubungan suami isteri, perkara ini dilarang kerana kepuasan seksual mengikut syariat perlu dilakukan tanpa bantuan alat.

Tangan isteri dan suami dibenarkan untuk mencapai kepuasan seksual. Dalam Surah Al Ma’arij ayat 29-31 telah dijelaskan secara tersirat.

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela dalam perkara ini. Barangsiapa yang mencari di belakangnya, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”

3. Seks anal

Seks anal atau bersenggama melalui dubur adalah dilarang sama sekali di dalam Islam. Dalam surat al-Baqarah ayat 223 telah dijelaskan bahwa suami dibolehkan melakukan hubungan seksual menurut syariat agama, tetapi tidak melalui dubur.

“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu, maka datangilah ladang kamu pada bila-bila masa dan mengikut cara yang kamu sukai. Dan utamakan (kebaikan) untuk dirimu sendiri. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu akan (kelak) menemui-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. “

4. Bersetubuh ketika isteri haid

Setiap bulan, wanita akan mengalami period. Jadi, para suami dinasihatkan agar tidak melakukan hubungan seks ketika ini kerana risiko dijangkiti penyakit kelamin sangat tinggi.

Dalam Islam juga dilarang melakukan hubungan seks ketika isteri sedang haid. Penjelasan ini juga telah diringkaskan dalam salah satu ayat iaitu QS. al-Baqarah: 222.

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu kotoran”. Oleh itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita semasa haid mereka; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah kepadamu.”

Apabila isteri sedang haid, cuba lakukan aktiviti seksual yang lain tetapi pastikan aktiviti tersebut masih mengikut syariat yang selaras dengan ajaran Islam.

5. Onani

Kegiatan seksual ini dilarang dalam Islam dan dianggap haram kerana tidak sesuai dengan firman Allah SWT, seperti dalam Surah Al Ma’arij ayat 29-31.

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela dalam perkara ini. Barangsiapa yang mencari di belakangnya, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”

6. Persetubuhan sambil berdiri

Pada asasnya, bersetubuh sambil berdiri adalah tidak haram. Namun hukumnya menjadi makruh kerana boleh membahayakan kesihatan pasangan dan diri sendiri.

Menurut Dr. Hussein Botchway, ahli fisioterapi, beliau menjelaskan bahawa melakukan hubungan seks sambil berdiri berpotensi menyebabkan hipertensi dan strok.

7. Bersetubuh tanpa bersihkan diri

Sebelum melakukan hubungan seks, ada baiknya sekiranya suami dan isteri membersihkan diri terlebih dahulu. Elakkan melakukan hubungan seks dalam keadaan kotor.

Jadi, bersenggama lah dengan pasangan dengan cara yang betul dan mengikut syariat Islam.

Semoga bermanfaat!



Sumber: Orami & Pop Mama
https://siraplimau.com/hubungan-seksual-dilarang-dalam-islam/
Kredit gambar: Supplied



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Doggy dikira bersetubuh dalam keadaan berdiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
LOLLLL ramai je ngeseks diri
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 12:50 PM | Show all posts
kenapa pulak tak boleh berdiri
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Makruh je dol bkn tak bleh main berdiri...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197681 Replies : 4584
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 1111 Replies : 0
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 1616 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73507 Replies : 316
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.050049 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list