CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2320|Reply: 0

'Beruang ninja' akhirnya dibunuh

[Copy link]
Post time 24-8-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode

‘BERUANG ninja’ yang diberi nama ‘OSO18’. FOTO AFP

Tokyo: Pemburu di kawasan terpencil di utara Jepun membunuh seekor beruang coklat yang terkenal dengan gelaran ninja kerana menyerang sekurang-kurangnya 66 lembu, kata seorang jurucakap pada Selasa.

Eksploitasi 'OSO18', nama diberikan kepada beruang itu mendapat liputan media yang meluas termasuk menerusi dokumentari dramatik disiarkan televisyen.

Beruang itu dipercayai mula menyerang ternakan pada 2019 di kawasan timur Hokkaido, pulau utama di utara Jepun yang mempunyai jumlah penduduk yang tidak ramai.

Tabiat 'OSO18' untuk tidak memakan lembu tenusu yang diserangnya - hanya 66 lembu mangsa serangannya, mati - membingungkan pakar.

Ia juga berjaya mengelak usaha bertahun-tahun oleh pihak berkuasa untuk menangkap atau membunuhnya.


"Seekor beruang coklat diburu pada 30 Julai, dan pelbagai analisis, termasuk ujian deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan bahawa ia adalah OSO18," kata jurucakap kerajaan wilayah Hokkaido, Tadayoshi Takeda, kepada AFP pada Selasa.


"Saya pasti penduduk tempatan berasa lega mendengar berita ini," katanya.

Beruang coklat di Jepun hanya tinggal di Hokkaido di mana populasinya dianggarkan hampir 12,000 ekor.

Tetapi populasinya semakin meningkat, menyebabkan masalah apabila terdapat kontak dengan manusia.

Pada 2021, empat individu terbunuh dalam insiden membabitkan beruang dan 10 lagi individu cedera.

Beruang coklat juga dipersalahkan atas kerosakan bernilai kira-kira AS$2 juta (kira-kira RM9.3 juta) pada tanaman, iaitu angka tertinggi dalam rekod.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9003 Replies : 15
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 4675 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198215 Replies : 4627
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 6947 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 6467 Replies : 8
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104194 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.056501 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list