CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5074|Reply: 0

[Kedah] Percikan api tiang elektrik sukarkan bomba keluarkan pemandu tersepit

[Copy link]
Post time 31-3-2024 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Percikan api tiang elektrik sukarkan bomba keluarkan pemandu tersepit


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 31, 2024 @ 10:36am bhnews@bh.com.my




Anggota BBP Sik mengeluarkan pemandu lori syarikat kurier yang terbabit dalam kemalangan di simpang tiga lampu isyarat Batu 5.- Foto Bomba




SIK: Pasukan bomba menghadapi kesukaran ketika cuba mengeluarkan pemandu sebuah lori syarikat kurier yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux, di simpang tiga lampu isyarat Batu 5, hari ini apabila berlaku percikan api ketika operasi sedang dilakukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan kemalangan jam 7.45 pagi.

Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah lori syarikat kurier jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 27 tahun dipercayai melanggar belakang Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 30-an.

"Kesan pelanggaran itu, Toyota Hilux itu terperosok dalam longkang namun pemandunya dapat keluar sendiri dan dihantar ke Hospital Sik oleh ambulans.

"Bagaimanapun pemandu syarikat kurier itu dipercayai terus bergerak meluncur laju sebelum melanggar tiang elektrik di persimpangan jalan menyebabkan pemandunya tersepit.

"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan berhati-hati dan mengalami kesukaran disebabkan aliran elektrik sehingga mengeluarkan percikan api," katanya dihubungi hari ini.

Mangsa yang cedera parah di kaki dan paha dihantar ke Hospital menggunakan EMRS.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.558356 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list