Edited by maklukpenggoda at 23-4-2024 09:00 PM
PETALING JAYA – Selepas lima hari ditayangkan, filem Sheriff terus menjadi pilihan penonton sehingga mencatat kutipan cemerlang sebanyak RM16.3 juta.
Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya teruja dengan sambutan luar biasa khalayak terhadap Sheriff.
“Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan filem ini yang tentu saja menunjukkan sokongan kaki wayang terhadap naskhah tempatan".
KUALA LUMPUR: Filem Sheriff: Narko Integriti terus mencetus fenomena dan mencatat rekod luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan RM6.4 juta pada hari kedua tayangannya, semalam.
Filem arahan Syafiq Yusof itu juga berjaya mengatasi rekod filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan abangnya, Syamsul yang mencatat kutipan sebanyak RM1.8 juta pada hari kedua tayangannya pada 2022.
Berkongsi berita gembira itu di platform media sosial rasmi, Astro Shaw meluahkan rasa syukur dengan sokongan penonton terhadap filem arahan Shafiq yang cukup dikenali sebagai 'Raja Plot Twist'.
"Alhamdulillah, sokongan anda memang mantap. Dua hari tayangan dan tayangan awal RM6.4 juta. Terima kasih atas sokongan semua dan mana yang masih belum tengok, tunggu apa lagi? Jom kita serbu panggung wayang ramai-ramai," katanya.
Terdahulu, filem genre aksi thriller Sheriff terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw berjaya mencatat kutipan melebihi RM1 juta menerusi tayangan awal.
Sheriff adalah filem keenam hasil daripada kerjasama bersama Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila.
Filem yang mula menemui penonton sejak Khamis lalu dibarisi pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.
|