View: 10256|Reply: 17
|
[Tempatan]
Cuaca panas: Jual 30 unit penyaman udara sehari
[Copy link]
|
|
Cuaca panas: Jual 30 unit penyaman udara sehari
Peniaga di Terengganu tidak menang tangan terima tempahan penduduk, akui jualan melonjak lima kali ganda. Foto hiasan
NORHASPIDA YATIM
01 MAY 2024 6:16 PM
BESUT - Cuaca panas yang melanda ketika ini menyebabkan permintaan terhadap penyaman udara melonjak lima kali ganda.
Peniaga barangan elektrik, Norhisham Yunus, 43, berkata, dia menjual 30 unit penyaman udara sehari berbanding hanya lima unit dalam tempoh sama sebelum ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, jualan barangan itu mula meningkat sejak Ramadan lalu dan berterusan sehingga kini menyebabkan bekalan sedia ada tidak mampu menampung permintaan yang tinggi.
"Buat masa ini permintaan terhadap penyaman udara amat tinggi, ada masanya bekalan yang ada tidak cukup untuk memenuhi keperluan penduduk di sekitar daerah Besut.
"Walaupun harganya agak tinggi, ramai yang memilih untuk membeli penyaman udara kerana tidak tahan berdepan cuaca panas.
"Keadaan ini menyebabkan jualan di premis ini meningkat 10 hingga 20 peratus dalam tempoh sebulan," katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Nyireh di sini baru-baru ini.
Selain permintaan terhadap penyaman udara, Norhisham berkata, dia turut menerima peningkatan permintaan bagi kerja-kerja menyelenggara alatan itu.
"Kita juga tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan bagi proses menyelenggara dan memasang penyaman udara yang ditempah oleh pelanggan.
"Walaupun mempunyai seramai 10 orang pekerja, saya perlu mengupah pekerja luar kerana tenaga kerja sedia ada tidak mencukupi," katanya.
Menurut Norhisham, harga yang ditawarkan bagi penyaman udara sekitar RM700 hingga RM1,900 seunit bergantung kepada jenis dan jenama barangan tersebut.
Sementara itu, Ahmad Anuar Yunus, 41, berkata, dia mampu meraih upah sekitar RM200 hingga RM300 sehari bagi kerja-kerja memasang dan menyelenggara penyaman udara.
Katanya, dalam sehari terdapat dua hingga tiga tempahan diterima bagi kerja-kerja menyelenggara alatan tersebut.
Jelasnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak kerana kebiasaannya hanya satu atau dua tempahan dalam tempoh seminggu.
"Sejak cuaca panas ini boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima permintaan untuk memasang penyaman udara di sekitar Besut.
"Jika dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum ini saya hanya mendapat satu atau dua tempahan sahaja dalam tempoh seminggu dan ia berbeza berbanding sekarang," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/a ... nyaman-udara-sehari
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
murah rezeki di musim panas
mohon yang guna aircond
jangan merempan bila bil elekritik naik mencanak
|
|
|
|
|
|
|
|
Aircond umah iols semua dapat dr hadiah lucky draw
Mementang la keje berkaitan aircond bila annual dinner,lucky draw pun dapat aircond juga.
Agaknya tahu kita reti pasang aircond sendiri kat umah jd tu yg selalu dpt.
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh huntungnyer cuols dpt AC free....
|
|
|
|
|
|
|
|
setiap ketentuan tu, ada rezeki padanya |
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 2-5-2024 08:47 AM
wahhh huntungnyer cuols dpt AC free....
Kebetulan kot tp takda la tiap tahun, lucky draw semua staff akn dapat hadiah cuma hadiah berbeza la ikut luck memasing.kadang tu dpt set periuk la, cash voucher dan mcm2 lg.Hadiah pun tajaan drpd vendor mcm aircond selalunya drpd carrier dan daikin.
Selain tu kalau ada wat part time kat umah kawan or permis yg dah nk pindah selalunya dorang dh takmo guna aircond yg lama tu. Kalau elok lg takkan nk buang jd suami iols simpan je kat stor nnt kalau ada acik2 kat kg tanya ke or sapa2 yg nak dia bagi je. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 2-5-2024 08:42 AM
Aircond umah iols semua dapat dr hadiah lucky draw
Mementang la keje berkaitan aircond bila annual d ...
untung chuols hb reti psg ekon. mahal woo lagi2 kalau psg 2hp above copper la apa bagai tu mencanak mahai.
umah iols gara2 nak cantik kedudukan ekon jadi jauh dari outdoor unit pastu copper jd pnjg melantun mahal skali dah psg ekon tak brp efficient mujur la bil tak melambung.
mak iols ckp kuala trg pun garing skrg panas berkuap membahang hujan pun tak. kelate mmg hazab dah kemarau jadinya, kesian peladang/petani habis mati hasil tanaman |
|
|
|
|
|
|
|
oic...huntung lah menang lucky draw, meols nie seumur hidup tak pnh menang any lucky draw...
baguslah cuols simpan econ lama utk sedekah kan kat org kg...meols last year ada tukar satu AC lama, AC tu masih elok lah, tapi just nak tukar yg lain, AC lama kasi kat org yg installed AC tu...senang..
|
|
|
|
|
|
|
|
kelantan panas giler..dh setiap hari mcm dk dlm sauna...ni masa raya aritu...kl asyik ujan pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 2-5-2024 09:18 AM
untung chuols hb reti psg ekon. mahal woo lagi2 kalau psg 2hp above copper la apa bagai tu mencana ...
Kalau 2hp rm450 tak silap
Oh kalau nak kena tarik copper panjang ke apa tu takleh wat keje sorang kena ada org lain juga so kos juga tu
Dia pun takda la selalu buat kalau kebetulan lapang time hujung minggu je sbb keje hakiki dia pun sibuk gak kadang kena outstation tgk site sana sini sbb company dia keje pun berkaitan ngn aircond tp yg besor2 yg kat dlm shopping mall, hospital dan universiti bagai tu.
Ya utk umah sendiri mmg dia pasang dan servis sendiri la sambil dibantu oleh iols la huhu
Mmg bagus bila ada ada pengetahuan dlm bidang teknikal & kemahiran ni sbb tu kalau ada anak2 yg cenderung ke arah “kolar biru” support je dorang.
Kalau rajin mmg bleh buat duit dan juga dpt jimat byk duit utk maintenance rumah kan.
Mesin basuh rosak, paip air problem, cat umah or nk pasang itu ini kat umah semua buat sendiri je.
|
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 2-5-2024 09:19 AM
oic...huntung lah menang lucky draw, meols nie seumur hidup tak pnh menang any lucky draw...
bagu ...
Huhu mcm iols gak susah nk menang lucky draw
Haah biasanya dorang tanak dh aircond plak bila dh lama kaler pun jd kusam kan huhu sbb tu ada yg tukar baru kadang tukar yg lebih bagus cth tukar yg inverter punya ke lebih jimat letrik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beli aircond pastu time bayar bil pura2 terkejut |
|
|
|
|
|
|
|
aku skrg ni klu kt rmh, aircond mmg 24 jam. jd aku mmg expect bil letrik akan naik sikit berbanding biasa. nk wat camana, dah guna letrik kan, byr je la |
|
|
|
|
|
|
|
Classic type M
|
|
|
|
|
|
|
|
baru pasang AC 2.5hp kat hall. kesian tetamu datang beraya berpeluh2 |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 2-5-2024 01:38 PM
Classic type M
Mcm org beli kereta lah..layak beli n mampu nk maintain byr bulan2 selama bertahun2 tu x sama ye. |
|
|
|
|
|
|
| |
|