Edited by maxim at 24-5-2016 01:15 PM
Mazidul Akmal Koma Sementara Akibat Serangan Angin Ahmar
MUNGKIN ramai yang tidak tahu wartawan terkenal TV3 dan blogger, Mazidul Akmal Sidik telah diserang penyakit angin ahmar, beberapa hari lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh rakannya yang juga penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim menerusi akaun Facebooknya.
Menerusi maklumat di ruangan komen, Mazidul berada dalam keadaan ‘induce coma’ atau koma sementara dan telah menerima rawatan di Hospital Pantai Medical Centre.
Dia sudahpun menjalani pembedahan dan sebelum itu sudah dapat bernafas sendiri tanpa bantuan mesin. Rata-rata komen yang diterima mendoakan agar Mazidul kembali sihat dan dapat kembali bekerja seperti biasa.
=========================================================================
WARTAWAN MURAI PEMALAS KANTOI KOPI PASTE INFO SALAH DARI FORUMER CARI
KL, 25 JULAI 2014: Kerjaya wartawan yang mencabar menjadi pilihan dan ternyata ia membawa nama Mazidul Akmal Sidek menjadi individu yang dikenali dek kerana keberaniannya membongkar pelbagai kisah jenayah dan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini. Wartawan senior di TV3 serta lebih dikenali sebagai 'penyingkap fakta' telah dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre kerana serangan stroke. Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai status kesihatan beliau.
Kesihatan wartawan yang sinonim dengan program membongkar kisah-kisah jenayah 999 di TV3 itu dilaporkan semakin agak tenat. Menurut petikan daripada komen-komen yang dibaca di sebuah forum yang membicarakan keadaan kesihatan terkini Mazidul, ia menjelaskan lagi situasi yang dihadapi wartawan penyiaran terbabit.
“Penyakit asal kena darah tinggi, makan durian terus kena stroke macam ni, operation, tempurung kepala dibuang separuh, otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika... then paralysed hingga hujung nyawa..."
Apa-apa pun kita cuba untuk mendapatkan perkembangan mengenai kesihatan Mazidul daripada masa ke semasa. Di kesempatan ini marilah kita sama-sama doakan kesihatan beliau. Semoga Allah SWT terus melindungi beliau dan menyembuhkan daripada penyakit yang ditanggungnya itu.
Last edited by maxim on 19-8-2014 06:58 AM
|