Jihan pengacara Diari AF2014
Demam Akademi Fantasia musim baru akan bermula tidak lama lagi. Khabarnya, peserta dirasakan layak sudah dipilih pihak produksi.
Seperti biasa, apabila ranca-ngan realiti popular ini mahu bermula, banyaklah teka-tekinya. Paling menjadi perhatian, siapa pengacara yang akan mengendalikan konsert mingguan dan juga Diari AF disiarkan setiap hari.
Cik Pang dapat tahu, untuk Akademi Fantasia 2013 (AF2013), produksi masih mengekalkan Zizan sebagai pengacara.
Walaupun sebelum ini -banyak kritikan diterima pelawak itu sewaktu mengendalikan konsert AF musim lalu, atas kehendak penaja, dia harus dikekalkan.
Cik Pang percaya untuk musim ini, corak persembahan Zizan akan bertambah baik memandangkan dia tidak lagi sibuk seperti sebelum ini kerana harus menumpukan perhatian kepada rancangan infotainment Melodi dan nyanyian.
Bagaimanapun, yang menarik perhatian Cik Pang apabila produksi AF2014 memilih Jihan sebagai pengacara Diari. Pilihan menarik dan tentu akan menambah lagi perencah dalam corak persembahan rancangan realiti itu nanti.
Menurut cerita, Astro memang nampak bakat Jihan selaku pengacara, terutama percubaan pertamanya mengendalikan program Resepi Memikat Suami di Astro Ria yang diminati ramai. Penonton sukakan gaya persembahannya yang bersahaja dan mencuit hati.
Begitupun, khabarnya pada peringkat awal diberi tawaran itu, Jihan dikatakan menolak kerana berasakan tidak mampu memberi komitmen penuh untuk mengendalikan Diari AF2014 setiap hari selama tiga bulan.
Tambah pula sejak menang Pelakon Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH2013), rezeki Jihan semakin mencurah-curah. Malah, jadual kerjanya terlalu padat dan tawaran datang tak henti-henti.
Namun selepas puas dipujuk, Jihan akhirnya bersetuju. Pastinya dengan kemunculan Jihan dalam AF2014 ia akan membuatkan orang bertambah demam kerana membayangkan corak pengacaraan Jihan memperkatakan mengenai peserta akan membuat penonton tidak kering gusi.
Last edited by maxim on 24-8-2014 06:50 PM
|