CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH VI, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 1-10-2009 11:03 PM | Show all posts
2347# sunsuria3

rumah saya kat ampang ni je. kot dekat, jauh jugak le utk org2 yg luar kl.

kak sun, saya x paham pasal suria beach resort? saya x pernah sampai ke sana lagi. laksa sarawak punye paste ni baru je sampai semalam. kirim dgn kawan balik raya sana.

Ibu x boleh datang hari ahad ke? ala.. baru igt nak dgr cite fresh dari ibu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 11:12 PM | Show all posts
2360# HasMK

Memang betul Hasmk.  Keikhlasan, senyuman dan rasa persaudaraan  terutama yang agak berusia jelas terpancar ketika kita berada di dalam Masjidil Haram.  Peluk cium memang seolah menjadi amalan. Selalunya kakak mesti menghadiahkan ciuman dan pelukan kepada jemaah yang sudi berkongsi  ruang walaupun tempatnya telah sedia sempit untuk memberi ruang kepada kita untuk bersolat.

Namun begitu masih ramai  juga yang mementingkan diri sendiri hingga berlaku pertengkaran yang berlarutan dan disambung selepas selesai solat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:13 PM | Show all posts
2359# aziefa

Azie,

Kalau weekday tentu mereka tak dapat join kan?  
Hari Sabtu azie free ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:13 AM | Show all posts
2360# HasMK

Has... isteri saya pula... tiap kali pergi sana... makcik2 turki mesti cakap turki dgn dia. Yang peliknya isteri saya boleh faham apa yg mereka maksudkan! Dulu masa pergi haji terlampau ramai org turki cakap dgn dia... dia tak faham, jadi dia berdoa. Sudahnya sampai sekarang asal ke sana je, dia masih boleh faham. Umrah lalu ia berlaku dpn saya... makcik turki berkata sesuatu kepada isteri saya, lepas tu isteri saya translate kepada saya! Subahannallah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:18 AM | Show all posts

Pengurusan haji tanah air

Oleh ZAKARIAH YET



TABUNG Haji (TH) adalah satu-satunya badan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan keberangkatan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan fardu haji. Perancangan dan strategi yang baik sentiasa diatur bagi membolehkan hasrat bakal haji melaksanakan rukun Islam kelima ini dengan sempurna serta kos yang efektif.

Bagi setiap musim haji, perancangan yang rapi bermula daripada sesi percambahan fikiran dan sesi penilaian operasi haji tahun sebelumnya. Perancangan operasi haji adalah meliputi aspek bimbingan jemaah haji, penyediaan petugas haji, penyediaan prasarana dan logistik tanah air dan Tanah Suci dan mesyuarat penyelarasan dengan pihak-pihak berkuasa berkaitan.

Pendaftaran Haji

Setiap warganegara Malaysia yang beragama Islam boleh membuat pendaftaran haji di mana-mana Pejabat TH cawangan di seluruh negara atau melalui laman web di alamat www.tabunghaji.gov.my. Syarat pendaftaran adalah mereka hendaklah menjadi pendeposit TH terlebih dahulu dan mempunyai akaun simpanan tidak kurang daripada RM1,300.

TH mengamalkan konsep Sistem Pendaftaran Haji Terbuka (SPHT). Melalui sistem ini, ia membolehkan pendeposit membuat pendaftaran haji pada bila-bila masa. Namun, jika pendaftaran untuk tahun yang dipilih telah penuh (telah mencapai jumlah kuota jemaah haji semasa), bakal haji akan ditentukan pilihan berikutnya yang masih kosong. SPHT juga membolehkan bakal haji merancang tahun pemergiannya ke Tanah Suci.

Bimbingan

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, bakal haji perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal serta pengisian rohani yang mantap agar pelaksanaan ibadah haji dapat dihayati. Setiap rukun dan wajib haji yang dikerjakan haruslah difahami tujuannya yang mana ia mengandungi makna yang tersirat.

Atas kesedaran itu, TH mengambil inisiatif memberi panduan dan tunjuk ajar yang berkesan kepada setiap bakal haji yang telah terpilih untuk menunaikan fardu haji bagi tahun semasa.

Bimbingan haji ini telah diatur dengan terperinci sejak dari awal tahun lagi yang merangkumi program kursus haji, penerbitan haji, bimbingan melalui media massa dan pembangunan pembimbing ibadat haji dan guru agama.

Bagi program kursus haji, ia terbahagi pula kepada empat jenis iaitu; Kursus Haji Bersiri, Kursus Haji Intensif, Kursus Haji Khas dan Kursus Haji Perdana.

l Kursus Haji Bersiri

Kursus ini adalah merupakan pengenalan dan pendedahan awal kepada ibadat haji dan umrah. Ia juga dikenali sebagai Kursus Haji Mingguan kerana diadakan pada setiap Ahad selama empat bulan satu minggu iaitu 17 siri berturut-turut bermula dari bulan Rabiulawal hingga Jamadilakhir.

Kursus haji ini terbuka kepada semua umat Islam yang berminat. Ia juga tidak dihadkan kepada umur dan jantina. Kursus haji ini biasanya diadakan di masjid terpilih di peringkat daerah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam dan juga Majlis Agama Islam.

l Kursus Haji Intensif

Kursus ini adalah kursus lanjutan daripada Kursus Haji Bersiri. Ia dilaksanakan selama dua hari untuk setiap kumpulan jemaah haji yang tidak melebihi 100 - 150 orang.

Penekanan dalam kursus haji ini tertumpu kepada pelaksanaan ibadah haji secara teori dan praktikal. Kursus diadakan pada bulan Rejab dan Syaaban yang terdiri daripada mereka yang terpilih dan standby untuk menunaikan fardu haji pada tahun semasa.

l Kursus Haji Khas

Ia adalah kursus lanjutan dari- pada Kursus Haji Intensif. Peserta kursus terdiri daripada mereka yang tidak tahu membaca dan menulis serta gagal dalam ujian Kursus Haji Intensif.

l Kursus Haji Perdana

Ia adalah kursus terakhir sebagai pendedahan kepada suasana dan persekitaran jemaah yang ramai semasa melaksanakan praktikal ibadat haji. Kursus ini melibatkan bakal-bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja dan dilaksanakan selama satu setengah hari (2 hari 1 malam) di masjid atau tempat yang bersesuaian di setiap negeri dalam bulan Syawal. Kursus menjurus kepada praktikal ibadah tawaf, saie, melontar, bermabit di Muzdalifah dan Mina secara beramai-ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:19 AM | Show all posts
Pemilihan kelayakan

Sistem komputer akan memilih 27,000 orang terawal mendaftar untuk menunaikan fardu haji sebagai jemaah haji terpilih. Bakinya akan ditawarkan sebagai bakal haji standby.

Pemilihan dari kalangan bakal haji standby menjadi terpilih bergantung kepada kekosongan kuota berikutan pembatalan/penarikan diri bakal haji terpilih atau sekiranya Malaysia mendapat tambahan kuota yang mencukupi.

l Pasport haji

Kerajaan Arab Saudi menetapkan penggunaan pasport antarabangsa kepada semua jemaah haji seluruh dunia mulai musim haji 1430H.

Jemaah haji hendaklah berurusan sendiri di Pejabat Imigresen untuk membuat Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan membawa Surat Tawaran Menunaikan Fardu Haji 1430H.

Sebelum bakal haji membuat permohonan PMA, mereka hendaklah membuat semakan senarai syak (halangan meninggalkan Malaysia). Semakan boleh dibuat melalui salah satu daripada kaedah berikut:-

l Semakan di mana-mana Pejabat Imigresen

l Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Caranya:- Taip 'REQSSP nombor kad pengenalan' dan hantar SMS ke nombor 019-2772497. Nombor kad pengenalan tidak perlu tanda sengkang (-). Jawapan akan diterima melalui SMS

l Semakan melalui Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia

Caranya:- Layari: http://www.imi.gov.my

Klik di: Sistem Semakan Status Perjalanan. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan di Sistem Aplikasi Elektronik (JIM) dan tekan butang 'semak'. Keputusan semakan akan diterima secara automatik.

Setelah PMA diperoleh, bakal haji hendaklah terus menghantar PMA ke pejabat cawangan TH (tempat pendaftaran masing-masing).

Bagi mereka yang sudah terlebih dahulu mempunyai PMA, sebelum menghantar PMA ke pejabat cawangan TH mereka hendaklah memastikan perkara berikut:-

l Tempoh sah laku PMA hendaklah

sehingga 16 Julai 2010

l Terdapat empat muka surat kosong

secara berturutan sebelah-menyebelah

l Tiada larangan meninggalkan

Malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2009 09:21 AM | Show all posts
l Pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan bagi musim haji 1430H sedang berjalan mulai bulan Mei hingga Ogos 2009 (sebelum Ramadan). Bakal haji warga emas dan yang bermasalah kesihatan dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan lebih awal dan berulang kali bagi tujuan pengesanan awal dan seterusnya diberikan rawatan yang sempurna sebelum jemaah haji tersebut disahkan layak ke Tanah Suci.

Pemeriksaan kesihatan dijalankan di hospital, pusat kesihatan kerajaan di peringkat negeri/ daerah dan juga di Klinik Panel TH. Bagi bakal haji yang membuat pemeriksaan kesihatan di klinik swasta (bukan di Klinik Panel TH), mereka dikehendaki membuat pemeriksaan semula di hospital/ klinik kerajaan atau di Klinik Panel TH.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-84 yang bersidang pada 15 Disember 2008 merumuskan:-

l Pesakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji.

l Pesakit kronik adalah wajib melaksa- nakan badal haji sekiranya berkemam- puan daripada sudut kewangan.

l Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:22 AM | Show all posts
Penerbangan dan lokasi

Bakal haji boleh memilih lapangan terbang/ tempat check-in di tujuh lokasi mengikut kesesuaian untuk berlepas ke Tanah Suci iaitu di KLIA (Sepang), Senai (Johor), Bayan Lepas (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Alor Setar (Kedah). Jadual penerbangan kepada semua bakal haji dikeluarkan secara berperingkat-peringkat.

Penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci adalah dijangka pada 20 Oktober 2009 (1 Zulkaedah) dan akan berakhir pada 17 November 2009 (29 Zulkaedah). Bagi penerbangan balik jemaah haji adalah bermula pada 3 Disember 2009 (16 Zulhijjah) yang dijangka selesai pada 1 Januari 2010 (15 Muharam).

Pemerosesan visa

Visa haji dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. Pasport akan mula divisakan pada 3 Syawal 1430H.

Rumusan

Semua bakal haji dinasihatkan menjaga kesihatan diri masing-masing baik dari segi mental mahupun fizikal.

Banyakkan bersenam yang boleh meningkatkan stamina supaya dapat melakukan ibadat haji seperti tawaf, saie dan melontar dengan bertenaga.

Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa memakai gelang pengenalan haji bagi mengenalpasti identiti sekiranya berlaku sebarang insiden atau kejadian yang tidak diingini.

Jemaah haji hendaklah sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan semasa berada di Tanah Suci kerana keadaan yang bersesak-sesak di sana menuntut tahap kesabaran yang sangat tinggi.

Banyakkan berdoa supaya segala urusan dapat dipermudahkan oleh Allah SWT. Anggaplah apa yang berlaku adalah sebagai musibah, ujian dan cabaran kepada kita untuk menguji keimanan dan ketakwaan terhadap-Nya.


Sekadar Info bersama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2009 09:26 AM | Show all posts
ayam dgn itik..memang lawak..rasa saya dah tulis hari tu..saya blh faham apa dia orang ckp..kawan sebilik saya tak faham puaslah tanya apa dia org ckp...sudahnya saya dpt gelang pemberian jemaah dari india...
satu malam kat dataran solat sebelah orang palestine dia ckp bahasa dia puji telekung cantik bersulam..dok sebut malaysia.....tu je yg saya faham...last2 saya tanya whr r u from? dia kata subhanllah..i thought u can speak english...oh sakan speaking london dua orang he he...2 hari drive dari palestine katanya nak sampai ke mekah tu...lastly sblm berpsiah..peluk dia..i pray for u and palestine..may god bless u all...then jumpa jemaah dari pakistan dia kata kerap ke malaysia..selang 2/3 tahun sekali dia pegi infact bulan mei tahun ni dia baru je pi kl..dok area klcc...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 2-10-2009 09:29

Bila baca proses Haji di atas  terperasanlah seronoknya..
Seolah olah macam kita pulak nak pergi mengerjakan Haji..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:30 AM | Show all posts
ni bukan iklan...saya hari tu memang kira prepared lah sblm pg tu pi aerobic tiap minggu..jaga kesihatan..check gigi mana yg perlu di tampal...oh kalau sakit gigi satu apa tak leh buat nanti kan..dan saya beli jus tok guru sebotol..kira pagi2 makan satu sudu..kat sana pun makan...alhamdulillah sihat...sepanjang di sana, roomates saya ada yang sakit saya bagi dia orang makan jus tok guru ni..nak balik tak habis saya tinggal je dlm fridge tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 2-10-2009 09:37
2359# aziefa

Azie,

Kalau weekday tentu mereka tak dapat join kan?  
Hari Sabtu azie free ke?
Rosputih Post at 1-10-2009 23:13


Assalamualaikum Kak Ros..
Hari sabtu n Ahad susah sikit..
Terikat dgn Program suami..
Tengok dulu Sabtu bila tu ???
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:40 AM | Show all posts
ni bukan iklan...saya hari tu memang kira prepared lah sblm pg tu pi aerobic tiap minggu..jaga kesihatan..check gigi mana yg perlu di tampal...oh kalau sakit gigi satu apa tak leh buat nanti kan..dan  ...
sunsuria3 Post at 2-10-2009 09:30


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:44 AM | Show all posts
2347# sunsuria3

rumah saya kat ampang ni je. kot dekat, jauh jugak le utk org2 yg luar kl.

kak sun, saya x paham pasal suria beach resort? saya x pernah sampai ke sana lagi. laksa sarawak pun ...
adikzarif Post at 1-10-2009 23:03


Assalmualaikum adikzarif...
Terima kasih atas jemputan...
Maaflah acikjie tak dapat datang..
Sabtu Ahad memang tak free...ikut Husband..
Bestnya kalau dapat pegi...dapat jumpa kawan kawan forum yang lain..
Kita tunggu ayahjoe punya Gatheringlah pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:51 AM | Show all posts
2370# aziefa

Assalamualaikum azie dan semua,

Betul kata azie tu...
kakak baru nak tulis, bila baca statement di atas, terperasan macam kita yang nak mengerjakan haji pulak....
membacanya pun dah seronok
apatah lagi betapa seronoknya bakal-bakal tetamu Allah termasuk ayahjoe....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 09:54 AM | Show all posts
2372# aziefa

Azie,
nanti akak call atau sms azie ye..
kita ikut dulu jadual asal kita hari jumaat depan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2009 11:23 AM | Show all posts
ala ibu, nak jumpa hari jumaat. sian kat kami ni. nak g solat jumaat. kalau nak makan nasi mendi lagi, baru nak igt ajak makan kat saba, setiawangsa depan lrt station setiawangsa je. baru perasan ada saba kat situ masa bulan puasa. belum cuba lagi. igt nak ajak family g makan sana malam ni.

acikjie, x pe lah. bukan rezeki kita nak jumpa iburos minggu ni. kalau nak datang sabtu minggu depan pun boleh jugak. if x boleh kita jumpa kat rumah ayahjoe le nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 12:10 PM | Show all posts
2370# aziefa

Assalamualaikum azie dan semua,

Betul kata azie tu...
kakak baru nak tulis, bila baca statement di atas, terperasan macam kita yang nak mengerjakan haji pulak....
membacanya pun ...
Rosputih Post at 2-10-2009 09:51


Walaikumsalam Kak Ros..
Kita kena akui....
Bahawasanya...
Cinta kita telah tertumpah di Bumi Mekah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 12:13 PM | Show all posts
2372# aziefa

Azie,
nanti akak call atau sms azie ye..
kita ikut dulu jadual asal kita hari jumaat depan....
Rosputih Post at 2-10-2009 09:54


Ok...
Kak Ros bukalah tawaran kat kawan kawan yang lain..
Mana tau ada yang free masa tu...
Boleh dengar cerita yang baru keluar oven..panas panas lagi..
Cerita umrah Ramadan...

Adikzarif..Ustaz..hani..ayahjoe..dan lain lain..
Husain dah terbang kot masa tu
..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 01:09 PM | Show all posts
2379# aziefa

Sesiapa boleh join kalau free.
nak set time jam berapa dan di mana?

kalau nak gather-gather kat rumah kakak pun boleh juga, tak ada masalah
kita minum petang . Mungkin ramai boleh join sama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071948 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list