mnm77 posted on 17-4-2014 11:47 AM
Alhamdulillah...semoga bermanfaat. Kalau ada salah silap dari saya sila perbetul atau tegur balik. ...
inginkan penjelasan tentang mimpi yang Ustaz Don Danial bersetuju utk menumpahkan darah rakyat Mesir (terutama penyokong2 Ikhwan Muslimin & penyokong Mursi yg asalnya kerajaan yg sah tapi digulingkan).
berdasarkan ceramah ustaz Don di link video di bawah nampak dia bersetuju dgn mimpi seorang tenaga pengajar di Al-Azhar utk menumpahkan darah penyokong2 Mursi (sedangkan kabinet Mursi adalah kerajaan yg sah yg digulingkan oleh tentera). nampak peliknya di sini. mimpi boleh dijadikan sandaran utk tumpahkah darah rakyat jelata?
alasan Masjid Babri diroboh beramai2 dek penganut hindu di india dulu pun angkara tok sami claim ada arahan roboh dlm mimpi dia ... lepas ni semua org boleh pakai mimpi utk tumpahkan darah.
"semoga Allah mengampunkan kamu wahai pencaci & pemfitnah"
hamek korang
bagus dia ni, dalam kala riak pon ada haati suci meminta pencaci & pemfitnah beliau diampunkn dosa
ok la tu, tapi dia lupa plak nak minta ampun bagi pihak diri dia kan?
opps lupa, dia perempuan lindungan kaabah... mana ada dosa
sekadar share je kan, bukan tuduh2 pon ustaz don
senang cita aku rasa Wardina ni kurang adab... dan yang paling nyata SOMBONG
kenapa aku cakap sombong? baca sendiri status2 dia berkenaan isu ni
boleh nilai sendiri...
keliru? dahagakan ilmu?
secara tak langsung atas keSOMBONGAN dia dalam status2 dia la mengundang perbalahan yang nyata di antara org islam tu sendiri.
Post time 17-4-2014 03:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Orang yg tinggi ilmunya selalunya merendah diri... Orang yg bodoh tapi merasakan diri pandai selalunya akan bongkak sombong gila populariti mcm wardina nj
pada aku, wardina nak tegur boleh tak salah, tapi cara tu, patut dia jumpa je ustaz don, tak yah lah g media sosial.......so cuma antara dia n ustaz je tau....
bidacool posted on 16-4-2014 02:34 PM
Noks..... budak aku kalu buat silap walau satu opis tau dia salah aku tak pernah lg nk tegur/marah ...
Ustaz Don ni katanya glamer, mak2 budak byk yg suka, budak2 suka pendek kata ramai 'pengikut' .... aku tak masuk la ok... so jgn di aibkan kekurangan dia, tegur cara hemah antara mereka sambil2 rujuk dgn yg lebih arif.... lps tu pandai la ustaz Don (kalu betul la mmg dia silap) betulkan statement dia.... bkn susah pun.... ni tegur bagai kt fb, kt tweeter la....... masih budget dia artis sensasi ke?
Bosan la org berilmu dia tak sibuk nk jaja bg tau sedunia dia berilmu tau..... tp org blh kenal dia dr ilmu yg diajar......
aku setuju.
sekurang-kurangnya ustaz Don berani ke depan bila diberi ruang untuk menyampaikan ilmu.
dan dia tahu kedudukan dia di mana bila setiap kali dia dok ulang supaya kalau ada kesilapan, tegur dan perbetulkan dia.
tak semua orang berani untuk mengajar dan berceramah.
terutamanya bab agama ni..
risikonya sangat besar..
terutamanya berdepan dengan kritikan orang yang alim yang tersembunyi di belakang skrin.
ke hadapan tak berani..
tapi bila ada kesilapan, lontar batu sembunyi tangan..
tobby posted on 17-4-2014 01:44 PM
inginkan penjelasan tentang mimpi yang Ustaz Don Danial bersetuju utk menumpahkan darah rakyat Mesir (terutama penyokong2 Ikhwan Muslimin & penyokong Mursi yg asalnya kerajaan yg sah tapi digulingkan).
berdasarkan ceramah ustaz Don di link video di bawah nampak dia bersetuju dgn mimpi seorang tenaga pengajar di Al-Azhar utk menumpahkan darah penyokong2 Mursi (sedangkan kabinet Mursi adalah kerajaan yg sah yg digulingkan oleh tentera). nampak peliknya di sini. mimpi boleh dijadikan sandaran utk tumpahkah darah rakyat jelata?
Saya rasa tuan dah salah faham maksud dari video tersebut. Bukanlah Ustaz Don berfatwa bersetuju menumpahkan darah rakyat berdasarkan mimpi seorang tokoh Shaikh Ali Jumu'ah.
Maksud Ustaz Don, apabila ada kekeliruan, pendapat yang mana yang lebih dipercayai? Ustaz Don membuat analogi, bahawa orang yang terpercaya, bila mengeluarkan kenyataan, maka kenyataannya PATUT lebih dipercayai oleh anak muridnya (sebab anak murid pun macam tak percaya kenyataan Shaikh Ali Jumu'ah). Isu mimpi tu hanya nak menunjukkan penghormatan kepada Shaikh Ali Juma'ah yang dipercayai sebagai tokoh yang pernah bermimpi Rasulullah SAW (BUKAN SEBAGAI FATWA MENUMPAHKAN DARAH - ADA SALAH FAHAM DI SITU)
Cuba dengar betul-betul, Ustaz Don tidak menyalahkan Dr Morsi, tidak menyalahkan Ikhwanul Muslimin, sebaliknya secara tak langsung menyalahkan 'golongan' yang mempergunakan Ikhawanul Muslimin (maksud di sini Ikhwanul Muslimin tak bersalah).
Post time 17-4-2014 04:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Org yg dahagakan ilmu pasti tidak side mana2 pihak dan berlapang dada dgn perkara ini.takda salahnya bersangka baik dgn pertanyaan wardina tu dan amik peluang dgr penjelasan dr ust don..no need kata wardina sombong , angkuh dll buat dosa kering...kan ada bagus pembangunan ilmu secara terbuka mcm ni..