CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 8-3-2011 05:11 PM | Show all posts
so amacam fizzi.... ramai sokong suh arif bawak balik je jasmin kat KL tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2011 05:20 PM | Show all posts
rasa2nya arief bwk blk jasmin ke kl
sbb dalam hati dia ada taman
heheheehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 05:36 PM | Show all posts
yess...sokong sgt if arif bawak balik jasmin ke kl
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:06 PM | Show all posts
dalam hati sudah berbunga mekar !!!!
yeahhhh !!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 09:16 PM | Show all posts
haaaaaaaaaaaaaaaaaaddduuuuuuuuuuuuuuuuu.....
aku asek dok tergelak baca komen korang sume dari tadi........
takleh nak komen satu2...
sumenye kelako....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 09:18 PM | Show all posts
hahhahhhhh, napa aku tak nampak part yg I/C tertinggal tuhhhhh, empat mata pun tak kelih....apa raaa ...
cmf_blingblings Post at 8-3-2011 13:06


Blinggggg......
aku rase ko kena pasang lagi 2 mata....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2011 09:20 PM | Show all posts
fizziiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
smbung lg pzzz....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 09:22 PM | Show all posts
Jasmin memandang pelik Arif yang sedang mengayuh basikal di atas pasir halus. Arif ketawa gelihati apabila tayar basikalnya tidak dapat bergerak di dalam pasir halus yang putih bersih. Jasmin mengerutkan dahinya.

Apa yang abang ni nak buat lagi ni? Dah tahu tak boleh kayuh basikal atas pasir, buat apa dia buat kerja bodoh ni lagi? Jasmin menggaru2 kepalanya. Tingkah laku Arif dari jauh diperhatikan saja. Dia Cuma duduk termenung di sebuah kerusi panjang di bawah pohon kelapa memerhatikan Arif.

Pulang dari berjalan2 dan makan tengahari tadi, Arif memaksanya tidur. Kata Arif, jangan bangun sebelum pukul 5 petang. Tidur cukup2 kata Arif, kerana malam nanti Arif mahu membawanya ke satu tempat. Nak cari kerja kata Arif lagi. Sebaik bangun dari tidur petang itu, Arif memaksanya ke pantai berbasikal pula. Dia menggeleng bila Arif mahu menyewa sebuah basikal untuknya.

Akhirnya, Arif seorang saja yang sibuk ke hulu ke hilir berbasikal dipantai. Hmm..kerja apa dia nak carikan untuk aku? Jasmine mengeluh sambil matanya tak lepas2 memandang kea rah abang baik hati dihujung pantai.

Tiba2, dirinya dipamit dari jauh. Abang baik hati itu memanggilnya. Nak apa lagi? Jangan disuruhnya aku buat benda2 pelik sudahlah! Dalam terpaksa, Jasmin bangun jua menghampiri Arif.

“ Jas naik basikal pulak…” arah Arif. Jasmin membulatkan pandangannya kea rah Arif, pantas dia menggeleng.

“Cubalah. Kayuh basikal atas pasir ni mencabar jiwa raga…” kata Arif sambil tersenyum lebar. Jasmin menggeleng juga. Arif menjeling tidak puas hati. Tak nak sudah….sudahnya, Arif menyorong basikal itu ke pinggir pantai. Jasmin hanya mengekori langkahnya dari belakang. Matahari kian meremang jingga di ufuk barat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2011 09:24 PM | Show all posts
Arif dan Jasmin masuk ke Restoran Rumbia. Malam itu, suasana agak lengang, tidak seperti selalu. Mungkin kerana hari itu bukan hujung minggu. Arif memilih gazebo yang terletak di tepi pantai. Jasmin turut duduk sambil matanya tak lepas2 merenung setiap lampu yang berkelip di sekitar restoran itu.

Arif melambai tangan sebaik ternampak Pak Mat melambai ke arahnya. Mujurlah Pak Mat masih ingat dirinya, senang sedikit kerjanya malam ini.

Jasmin memandang Arif di depannya. Kata nak pergi cari kerja? Ini apa kehalnya bawak aku makan kat tempat suram2 romantik macam ni? Jasmin mencongak alas an kenapa Arif perlu membawanya makan ke tempat seperti itu.

Arif memesan makanan laut yang agak banyak malam itu. Tercengang Jasmin sebaik makanan yang dipesan tadi tiba dimeja mereka. Tanpa banyak cerita, Jasmin makan saja. Arif pula, tak henti2 meletakkan makanan  di dalam pinggannya. Macamlah aku tak tahu nak ambik sendiri makanan. Tapi, Jasmin diam saja, merelakan perbuatan Arif tanpa banyak soal.

‘Excuse me for a while,” ujar Arif tiba2 lalu bangun, meninggalkan Jasmin yang sedang makan ke seorangan. Jasmin angguk saja, membiarkan Arif berlalu.

Sebaik kelibat Arif dilihat menghampiri seorang lelaki separa umur dan tidak melihat ke arahnya, cepat2 Jasmin memindahkan beberapa ekor udang besar yang diletak oleh Arif ke pinggannya tadi ke pinggan Arif.

Banyak macam ni, boleh muntah aku! Getus Jasmin. Bibirnya mengukir senyum sebaik melihat makanan di pinggannya kembali kurang. Lama kemudian, Arif kembali ke meja makan mereka bersama lelaki separa umur tadi. Jasmin bangun, tunduk hormat kepada lelaki separa umur yang tersenyum memandang ke arahnya sebaik tiba.

Mereka bertiga duduk. Arif tersenyum simpul memandang Pak Mat.

“Bila boleh mula kerja?” soal Pak Mat sambil memandang Jasmin. Jasmine yang tidak mengerti apa2, memandang Arif memohon kepastian. Arif senyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 09:26 PM | Show all posts
“Pak Mat dah setuju nak ambil Jas sebagai pelayan di restoran ni…” terang Arif. Melopong mulut Jasmine mendengar. Betulkah? Masih direnung wajah Arif yang tersenyum simpul ke arahnya.  Mudahnya? Wajah lelaki separa umur yang dipanggil pak Mat tadi ditoleh.

“Ermm…sekarang pun boleh,” spontan jawapan itu terlontar dari bibir Jasmin. Pak Mat dan Arif tergelak kecil. Jasmin terkedu.

“Tak apalah, datang esok saja. Malam ni balik rehat dulu. Pak cik memang nak pakai pembantu. Budak yang selalu dok ambik order tu, semalam mintak berenti kerja. Katanya, dah dapat kerja baru di pekan. Itu yang pak cik tak cukup orang hari ni. Nama siapa tadi?” soal Pak Mat ramah.

“Jas..Jasmin,” kelam kabut Jasmin menjawab. Perasaan terujanya diterima bekerja masih belum hilang. Sejuta rasa syukur dipanjatkan kepada Tuhan yang telah menolongnya. Bibirnya tak putus2 mengukir senyum.

“Baiklah Jas. Kerja kat sini tak glamer sangatlah. Ambik order, lepas tu tolong apa yang patut. Gaji pun tak tinggi. Pak cik boleh bayar RM450 je sebulan. Tapi, walaupun gaji kecik, pak cik sediakan tempat tinggal. Free of charge!!  Belakang restoran ni, ada bilik yang pak cik memang sediakan untuk pekerja pak cik. Sekarang, cuma ada seorang kakak indon tu tinggal kat situ. Kalau Jas setuju, esok Jas datang,” kata Pak Mat ramah. Janggut putih yang berserabut di dagunya nampak manis dengan wajahnya yang memang suka bercakap dan tersenyum kepada orang ramai.

Jasmin angguk saja. Waktu itu, dia tidak begitu berkira soal bayaran. Mendapat tahu ada tempat tinggal untuk berteduh saja, buatkan dia bersyukur.

“Saya datang esok pak cik,” janji Jasmin. Pak Mat senyum lega. Dia mengurut2 dadanya kemudian bangun.

“Kalau macam tu, baguslah. Esok petang , pukul 2, Jas datang. Pak Cik masuk dalam dulu ya. Ada kerja sikit nak buat. Awak berdua makanlah puas2. Kalau ada rasa tak puashati pasal makanan ke, servis ke, bagitahu pak cik. Okay? ,” kata Pak Mat.

Arif dan Jasmin mengangguk, lalu melihat Pak Mat yang sudah berlalu meninggalkan mereka. Arif tarik nafas, kemudian melepaskannya dengan satu hembusan.

“Pak cik ni memang suka bercakap..”komen Arif sebaik Pak Mat hilang dari pandangan. Jasmin tersenyum lebar. Dia memandang Arif sambil tersenyum2 .

“Terima kasih ya bang…” ujar Jasmin dengan senyuman berbunga di bibir merahnya. Arif yang melihat senyuman itu terpana. Sejak akhir2 ini, senyuman indah itu kian kerap menghiasi wajah gadis itu. Perlahan, Arif mengangguk sambil matanya tidak lepas merenung wajah di depannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 09:30 PM | Show all posts
Bantal dan cadar tebal sudah pun dibentangkan ke ruang tamu. Pulang dari membeli belah barang2 keperluan yang mungkin diperlukan Jasmin untuk memulakan hidup baru nanti, memang memenatkan.

“Dah! Dah! Pergi tidur! Esok awak tu nak kerja…!” arah Arif sebaik siap membentangkan tempat tidur Jasmin di ruang tamu. Jasmin angguk, tapi masih enggan membaringkan badannya. Dia memandang Arif yang sedang menggantung gugusan kunci di dinding.

“Abang..”panggil Jasmin perlahan. Arif menoleh. Lampu di dinding dimalapkan cahayanya.

“Terima kasih. ..” Jasmin mengukir senyuman manis. Di wajahnya, riak wajah terharu dan gembira bercampur aduk. Arif membalasnya dengan anggukan dan senyuman. Orang baru nak mula hidup, kita tolong saja….

“Terima kasih sangat. Budi abang saya takkan lupa sepanjang hayat saya,” sambung Jasmin yang masih terharu dengan keprihatinan Arif. Arif angguk lagi.

“Sudahlah…cukup2lah terima kasih tu. Dah 100 kali dah abang dengar. Jumpa esok,” tukas Arif lalu berlalu masuk ke bilik tidurnya. Pintu kamar tidur ditutup separuh. Jasmin hanya memandang.

Lama selepas Arif masuk tidur, barulah Jasmin membaringkan badannya. Senyuman terukir dibibirnya. Beg2 yang sudah pun  dikemaskan dipandang. Arif telah membelikannya bermacam2 barang, Dari sabun mandi, ubat gigi, tuala hinggalah ke selipar. Sewaktu dia hendak ke asrama dulu pun, nenek tidak membelikannya keperluan seperti itu.

Jasmin senyum. Hatinya sekurang2nya sudah boleh menarik nafas lega. Sekurang2nya dia sudah tidak perlu untuk bergantung hidup kepada sesiapa pun lagi. Jasmin memejamkan matanya. Moga2 hari2 yang mendatang, menjanjikan sinar bahagia buat dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 09:32 PM | Show all posts
cukupla kot byk ni dulu...
sambung esok lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 09:36 PM | Show all posts
yg pasti... Jasmin akan belajar segala2nya ttg kehidupan kat bandar dgn Arif... dan akan d ...
Jaza2008 Post at 8-3-2011 14:09


.....ayat tak leh blah.....
kalau dah penulis tu....bercakap pun macam bersyair..
hebat betui ko ni Jaza....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:46 PM | Show all posts
esok sambung lg k...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:48 PM | Show all posts
tq fiziii...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 09:58 PM | Show all posts
abang baik hati sungguh baik hati
baik hati ada makna ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2011 08:38 AM | Show all posts
Emmmm, nak panya pada yg berpengetahuan, tak ada I/C boleh masuk menengah dan duduki peperiksaan PMR ...
cmf_blingblings Post at 8-3-2011 11:32



    mcm mn blh tak ada kak?

1: kalau mmg tak pnh buat... mak ayah dia kena pergi JPN buat, kena buat akuan bersumpah bagai...ada flow dia.

2: kalau hilang... mak @ ayah kena report polis then ke JPN, buat baru.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 08:40 AM | Show all posts
aduhai... menarik cerita ni...
Mesti Abang baik hati terbayang-bayangkan Jas bila dah balik KL......

SUKA!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 08:57 AM | Show all posts
mesti taip2 ujung minggu abg baik hati dtg jumpa Jas...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 09:30 AM | Show all posts
tak sabar nak tahu kisah seterusnya , lain kali lagiiiiiiii panjangnye n3 nya..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.549062 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list