CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Eina Azman hancurkan hubungan Datuk Paduka Gurmet Singh with family?#post1028

    [Copy link]
Post time 31-8-2014 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sarat nyer... Ngan rambut karat tu... Mmg kelaut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 lah ....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:38 PM | Show all posts
Xde gambar ke ?

Datin paduka ... Sama taraf dah dgn umi Aida
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung btl.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:41 PM | Show all posts
Cinta Eina buat KaiserOleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my



"SEJAK bercinta dengan Eina lebih kurang setahun lalu, saya tidak pernah makan guna sudu atau tangan sebab Eina yang akan suap saya." Walaupun pengakuan ini menimbulkan banyak persoalan tetapi itulah yang diucapkan oleh Kaiser Gurmeet Hardew, 35 tentang Eina Azman yang akan dikahwininya malam ini (31 Ogos).
Malah ahli perniagaan yang memeluk agama Islam pada 30 Jun lalu itu yakin dengan keputusannya untuk menyunting pekerja seni sebagai isteri.
Walaupun agak sukar untuk menerima profesion Eina pada mulanya namun kata Kaiser, situasi itu bertukar selepas mengenali gadis berusia 19 tahun itu.
Biarpun Eina pernah terpalit dengan beberapa kisah kontroversi yang mencalarkan nama sejak menceburi bidang hiburan namun tegas Kaiser, kebaikan gadis itu menutup segala cerita kurang elok mengenainya.
Menganggap semua orang ada cerita silam masing-masing Kaiser juga meminta semua pihak untuk tidak terpengaruh dengan cerita buruk Eina sebelum ini.
"Saya berharap perkahwinan kami ini akan menamatkan terus cerita yang tidak elok tentang Eina," kata Kaiser ketika menemani bakal isterinya itu pada sesi fotografi bersama-sama Pancaindera Rabu lalu.
Ternyata kepercayaan yang diberikan oleh Kaiser memikat hati Eina setelah diperkenalkan oleh abang sulungnya tahun lalu.
Biarpun pada awalnya agak sukar untuk menerima kehadiran lelaki itu dalam hidup namun hati wanitanya cair apabila Kaiser menunjukkan sikap bertanggungjawab dan penyayang.
Menganggap jodohnya kuat dengan Kaiser sejak berkenalan Oktober tahun lalu kata Eina lagi, sikap matang dan menghormati ahli keluarganya membuatkan hatinya terus terpaut kepada buah hatinya itu.
Walaupun ada usaha yang dilakukan segelintir pihak mempertikaikan niat Kaiser untuk memeluk agama sebelum ini namun tegas Eina, dia tidak kisah dengan mulut orang.
"Saya tidak mempengaruhi dia untuk membuat keputusan bertukar agama bahkan saya sendiri tidak diberitahu bila dia mahu memeluk Islam.
"Keputusan yang dibuat Kaiser adalah atas kesedaran dirinya dan perasaan yang mendalam terhadap agama suci ini.
"Dia mualaf dua hari selepas umat Islam menjalani ibadah berpuasa pada Ramadan lalu dengan disaksikan dua rakan terdekat di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
"Saya hanya diberitahu tentang berita gembira selepas itu. Kemudian barulah saya merancang soal komitmen dan masa depan bersama," kata Eina tentang bakal suaminya yang berketurunan Punjabi itu.
Mengakui kurang senang dengan dakwaan mengatakan dia mahu berkahwin dengan Kaiser kerana lelaki itu berpangkat dan mempunyai kedudukan kukuh kata Eina, dia bukan jenis begitu.
Malah tegasnya, Kaiser mempunyai pilihan untuk berkahwin dengan mana-mana wanita yang setaraf dengannya jika dia mahu.
Namun takdir Tuhan tiada siapa tahu dapat menelah apabila Kaiser mahu berkawan dengan Eina ketika lelaki itu sedang melalui pengalaman putus cinta yang memeritkan.
Kaiser turut mengakui, dia mahu segera melamar Eina kerana sifat keibuan yang dimiliki gadis itu sementelah dia sendiri sudah lama bersedia untuk berumah tangga.
"Hanya menanti wanita yang sesuai untuk dijadikan suri. Jadi apabila saya sudah bertemu pengganti yang sesuai, saya tidak ambil masa yang lama untuk berumah tangga. Buat apa tunggu lama-lama, umur pun sudah semakin bertambah.
"Ada kawan-kawan yang sebaya dengan saya sudah mempunyai cahaya mata, saya bila lagi?," kata Kaiser.
Gabungan dua budaya
Berkongsi cerita tentang majlis pernikahannya kata Eina, dia hanya menjemput kira-kira 100 orang tetamu bagi menyaksikan saat bersejarah mereka disatukan pada Hari Merdeka malam ini.
Hanya kaum keluarga dan sahabat terdekat saja yang hadir pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota sebelum majlis resepsi yang dijangka diadakan pada Disember depan.
Bakal menggabungkan dua budaya - Melayu dan Punjabi, Eina juga terpaksa melupakan hasratnya untuk diijabkabulkan di masjid.
"Saya berbangga kerana menjadi pengantin merdeka. Sebenarnya saya ingin memilih tarikh 30 Ogos memandangkan tarikh itu Kaiser memeluk agama Islam.
"Namun disebabkan tiada kekosongan untuk urusan tempahan hotel, saya terpaksa akur dan kemudiannya memilih 31 Ogos.
"Saya juga sengaja tidak menghebohkan tentang pernikahan ini kerana berasakan berahsia adalah cara paling baik untuk mengelakkan persepsi orang ramai terhadap saya," katanya yang bakal menggabungkan tema Bollywood dan Arab pada majlis pernikahannya itu.
Menyentuh soal tajaan kata Eina, dia tidak menerima sebarang penajaan khusus melainkan daripada pihak Ariena Bridal Creation yang menaja pelamin di hari bersejarahnya itu.
Kesuntukan masa dan kesukaran untuk membuat keputusan dalam menentukan jenis penajaan antara penyebab dia terpaksa menolak tawaran pada saat-saat akhir, kata Eina.
Mengulas tentang debaran Kaiser untuk berdepan dengan saat lafaz akad nikah di hadapan bakal bapa mentua, Azman Abdullah, lelaki itu tersenyum.
Kata Kaiser, dia sudah pun menghafal lafaz berkenaan sejak minggu lalu dan berlatih di hadapan kaum keluarga.
"Doakanlah saya tidak gemuruh dan dapat melafaz akad dengan lancar," kata Kaiser.
Menderita
Mengulas tempoh ‘sepi’ sejak namanya terpalit dengan kontroversi percintaan dengan pelakon Afiq Muiz sehingga dikatakan menjadi batu api yang merenggangkan hubungan Afiq dan ibunya tahun lalu, Eina mengakui terkesan dengan cerita panas tersebut.
Malah dia memberitahu, kesan daripada itu dia menerima tempias yang buruk sehingga menyebabkan dia tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana syarikat produksi selama setahun.
Mengakui kesal dengan perkara yang berlaku kata Eina, dia juga tertekan kerana dipandang serong oleh masyarakat.
"Saya seolah-olah ditampar atas kejadian yang berlaku, mungkin sebab saya perempuan dengan mudah saya dipersalahkan tanpa usul periksa.
"Sebab itu saya mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati selepas ini. Tidak kira dalam apa jua tindakan sebab saya tidak tahu siapa musuh saya," ujar pelakon drama Pengantin Madu ini.
Menyentuh tentang perancangannya usai majlis pernikahannya kata Eina, dia akan kembali fokus kepada bidang lakonan yang diminati selama ini.









Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:42 PM | Show all posts
Aku pasan muka dia laen la yg gambaq pegang kad tu..muka ejas sangattt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2014 10:42 PM | Show all posts
si senduk ni kawen akad nikah ke keliling api???? gigih sangat ko kawen ala2 rangoli...

demi datin paduka senduk turutkan
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 10:50 PM | Show all posts
Ade lg lelaki bujang kaya raya berpangkat kat msia ni yea..cpat2 la artis malaysia kaut..nanti kehabisan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 10:51 PM | Show all posts
seriously umur dia ni 19   udah rupa 49 tahun berapa layer la make up ni muka tua dgn rambut karat dia rasa dah lawa sgt la tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:03 PM | Show all posts


Awat datin mcm hantu???????

Ehh dah datin ke blum ni???
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:04 PM | Show all posts
Mere nanmm...

  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:07 PM | Show all posts
buruk huduh. gila la xde ciri muslim tros
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:15 PM | Show all posts

@maxim hantaran sheol 77k uols mampooo

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja Eina Azman, 19, selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Grand Hyat di sini Ahad.

Majlis akad nikah disempurnakan kira-kira pukul 9 malam oleh bapa Eina iaitu Azman Abdullah dengan mas kahwin sebanyak RM770.

Pengantin lelaki melafazkan dua kali akad nikah.

Pengantin lelaki merupakan seorang muaalaf dan sebelum ini adalah beragama Sikh. Beliau adalah ahli perniagaan.

Majlis akad nikah turut disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zulkapili Abd Mutalib.




Wajah pengantin Eina Azman



Pihak lelaki membawa wang hantaran sebanyak RM77,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Majlis berlangsung dalam suasana meriah apabila kedua-dua pasangan tampil dengan pakaian ala-ala punjabi.

Eina pula cantik dengan busana berwarna ungu.

Sebelum ini Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman mencetuksan kontroversi ketika bercinta dengan aktor Afiq Muiz apabila pelakon itu dikatakan menderhaka kepada ibunya selepas mengenali Eina.


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:15 PM | Show all posts
Buruk cam nenek lampir walo umur baru 19th
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:17 PM | Show all posts
apasal rambut karats sangat
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:20 PM | Show all posts
Eina bergelar isteri




KUALA LUMPUR: Dengan dua kali lafaz, pelakon Eina Azman, 19, sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, di Hotel Grand Hyatt, di sini jam 9.03 malam.

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Azman Abdullah dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkapili Abd Mutalib.



Pengantin lelaki menyerahkan wang hantaran berjumlah RM77,000 dan mas kahwin, RM770.

Eina menyerahkan dulang hantaran sebanyak sembilan dan dibalas tujuh untuk suaminya.



http://www.bharian.com.my/node/3671


Last edited by kakasotong on 31-8-2014 11:25 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 11:23 PM | Show all posts
Datin dapat kereta mewah chevrolet hokey

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:25 PM | Show all posts
kakasotong posted on 31-8-2014 11:23 PM
Datin dapat kereta mewah chevrolet hokey

Mmg cukur abis bulu atas bwh laki sheol di kejakan
duit hantaran jah 77k mahal bijik ada berlian titanium kah
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2014 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
OSEMMM posted on 31-8-2014 11:04 PM
Mere nanmm...

Opocot!!terkejutnya..ingtkn antu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.105263 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list