|
Reply 416# Aserehe
ai sokong u!
sebelah pihak yg dok sibuk bg statement berchinta kot..sendiri mau ingat la sapa yg taktau malu sbb sebelah pihak lg mmg ckp
takde
konon setahun bercinta ngab shahir kan..habih tu bukan last year tu dok canang kat media ke yg dia nak kawin ngan mamat keja
kat s'pore tu..tp tak jadi kan..takkan last year makcik ni bercinta dgn dua org sekaligus kot..so,pikir2 kan la sapa yg dok propa
kat sini..') |
|
|
|
|
|
|
|
metro hari ni shahir menapikannya? kesian rcw |
|
|
|
|
|
|
|
Hak Shahir Untuk Mengaku Atau Tidak - Rozita Che Wan
Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 27 MEI 2011: Kisah cinta melibatkan aktres jelita Rozita Che Wan dan Juara Akademi Fantasia 8, Shahir AF8, semakin panas diperkatakan.
Jika sebelum ini, hanya gosip yang bertebaran, namun segalanya berubah apabila Rozita Che Wan tampil membuat penjelasan mengesahkan cinta yang bertaut antaranya dengan Shahir AF8.
Pengakuan Rozita Che Wan bukanlah satu perkara yang asing, memandangkan sikap keterbukaannya itu menunjukan kematangannya seiring dengan usia.
Tetapi kisah cinta mereka menjadi perhatian, apabila pengakuan Rozita Che Wan itu dianggap sebagai jenaka oleh sang pria.
Kekasih hatinya itu, tatkala ditemui pada majlis pratonton Karak, mengeluarkan kenyataan mengatakan pengakuan cinta Rozita itu hanyalah sekadar satu jenaka dan mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar rakan sesama artis.
Tidak berkecil hati mahu pun tersinggung, jelas aktres berusia 38 tahun ini, Shahir, berhak untuk mengaku atau menafikan percintaan mereka.
"Apa pun penjelasan dia (Shahir) hanya saya yang memahami dan saya harap berilah kami ruang. Tak kisahlah dia jawab ya atau tak, pada saya soal kasih, hati dan perasaan tak perlu penjelasan yang lebih kepada umum.
"Saya harap usahlah diperbesarkan atau dikontroversikan lagi isu ini. Cukuplah dengan pengakuan saya dan Shahir. Bagi saya, dia mempunyai hak untuk mengaku atau menafikan perkara tersebut, "katanya kepada murai.com.my mengulas mengenai kenyataan kekasih hatinya itu.
Memahami situasi yang dialami oleh anak muda kelahiran, Ipoh Perak itu, jelas Rozita, tindakan Shahir itu bagi menjaga hati orang sekeliling.
Ditanya kepadanya, perkara tersebut secara tidak langsung mampu mencalarkan imejnya kerana masyarakat mungkin beranggapan dia bertepuk sebelah tangan atau sengaja mereka cerita, kata Rozita, tiada guna baginya untuk berkelakuan sedemikian.
"Terpulang pada mereka untuk cakap apa sahaja kerana masing-masing mempunyai hak untuk bercakap. Tak jadi kudis pada saya pun kerana hanya kami saja yang mengetahui keadaan sebenar," jelasnya mengakhiri perbualan. |
|
|
|
|
|
|
|
iolsss pon x tau ngape dari dulu kini & selamanya iolsss x minat shahir nihh!!
Oh tuhan!! ...
solstice Post at 27-5-2011 17:06
eerrrrkkkkkkkkkkk!!! |
|
|
|
|
|
|
|
‘Saya serah kepada Shahir buat penjelasan’
“Saya serahkan kepada Shahir untuk membuat penjelasan kerana dia tahu hal sebenarnya. Saya juga berharap hal peribadi seperti ini tidak diperbesarkan lagi atau dijadikan kontroversi.”
Itu kata dramatis jelita Rozita Che Wan mengenai penafian dibuat juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Ahmad Shahir Zawani mengenai hubungan cinta mereka.
Berdasarkan SMS dihantar kepada Harian Metro semalam, Rozita mengakui penjelasan diberi Shahir bahawa dia hanya berjenaka adalah benar.
“Saya harap penjelasan Shahir dapat menjernihkan sebarang kekeliruan yang timbul berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya yang difahamkan sedang menjalani penggambaran drama di utara tanah air.
Semalam, Shahir tampil menjawab gosip panas yang mengaitkan dirinya dengan pelakon utama filem Empat Madu itu dengan menjelaskan Rozita mengiakan khabar angin mengenai percintaan mereka untuk menyedapkan hati orang yang tak henti-henti bertanya kisah peribadi mereka.
kredit: METRO hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
bercinta la angpa!!!..asal bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
ek ela berjenaka la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
syahir trsepit antara chenta kpd seorg diva & mnjadi ank y baek pd ibu bapanya... |
|
|
|
|
|
|
|
for an elderly lady.. she's very thick skin..
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jodoh ok apa...lagi ramai yang lebih kertu dan tak seberapa sedap mata nan memandang kawin dgn lelaki sebaya anak... |
|
|
|
|
|
|
|
ape resia cik ta sehingga membuatkan ramai jejanz nak ikut montot sheols..ce kongsi
cik_kiah Post at 17-5-2011 09:31
rahsianya terletak pada kemontokkan momtot die la cik kiah oii... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pa shahir....kalau parent x restu...boleh nikah sesenyap kat oversea....pastu kalau dah boncit barulah ngaku dah kahwin....pastu kalau tak serasi oleh cerai...hidup ni kan senang....! |
|
|
|
|
|
|
| |
|