CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainnymidie

[SERAM KAMPUS] Kisah Seram di UiTM

     Close [Copy link]
Post time 11-1-2012 11:32 AM | Show all posts
Pernah gak dengar dari senior2 citer2 mistik kat jengka ni...

ada senior citer....1 malam tu rasa ...
butterprawn79 Post at 9-12-2011 11:29


hahaa...kalo ko nak tahu yg citer kipas laju tu aku la yang kena. Huhu...Aku dah citer kat thread ni awal2 dulu. Masa tu study week seminggu tp kitaorang x balik Johor. Satu level tu ramai yg balik kampung. Lepak borak sampai kul 3 pagi pastu gi bilik air 3 orang nak terkucil. Sorang duk bilik. Masa balik dari toilet tu kitaorang dengar benda mengilai bebetul kat jenang besi bilik sebelah. Apalagi kitaorang mencecet lari masuk bilik sampai lupa tutup pintu. Terus selubung ngan selimut.  Bila dah selubung mmg la panas giler so aku suruh mek kelate ni lajukan kipas. Mek kelate ni tak nak dia pi suruh aku pulak. Masing2 tak nak bangun. Sat lagi kipas tu start pusing jadi laju berdengung2 macam kipas helikopter. Rasa cam nak terbang brg2 dlm bilik tu.

Masa tu kitaorang dah tak bercakap apa dah. Duk mengerekot kalo boleh rasa cam nak masuk dlm dinding bilik tu hehee. Sampai ke pagi duk berkelubung sambil mata aku terkebil2 masa tu. Giler seram aku masa tu. Nasib baik benda tu tak baik hati tunjukkan muka dia. Tp mmg aku kejung je atas katil sampai pagi... Kawan aku si Arin tu sampai demam terpaksa panggil ustaz.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2012 11:16 PM | Show all posts
nasib bek kat kampus aku takde cite hantu....manusia2 yg jd hantu ad lah..dok jerit2 tgah2 malam smpai pengetua jd hantu ttup lampu kolej
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 10:50 PM | Show all posts
saya nak sambung lah...

kisah 2 (still kat blok dan dorm yang sama):
satu malam lepas balik dari lepak2 kat kedai wira sejati seksyen 18 ngan member2, kitorang pon balik hostel akasia. malam tuh aku tak macam biasa sambung korum melepak dengan member2 kat bawah pokok kat pondok pak gad. tapi aku terus jer balik bilik kat tingkat 5 tuh.

sampai jer bilik aku tengok roomate sumer ader. kak nora, fisya,n jijah kat meja study. atif kat toilet n noni(tak ingat nama) tido kot. pastuh aku terus masuk bilik and salin uniform malam aku. pas atif kuaq toilet aku pon masuk untuk buat apa2 urusan n amik wudhuk.

masa kuaq tuh nampak laa si atif ngah pakai telekung sambil cakap2 dengan diorang yang lain. aku pon join kejap. masa tuh aku berdiri depan pintu bilik. then suddenly.....

aku terdengar suara perempuan sayup2 memanggil nama atif. panjang gituh. masa aku terdengar tuh automatically aku n atif looked at each other. without further a due, kitorang terus masuk bilik gi solat. tapi yang buat sumer cuak ialah fisya siap cakap "eh saper tuh?"
then kak nora n jijah cakap "aper?". aku n atif pas solat terus diam. melihatkan keadaan kami yang pelik akhirnya sumer jadik diam n terus masuk tido awal (selalunyer diorang akan stay up sampai kul 1-2am) malam tuh kitorang tido awal yakni dalam kul 12 gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 11:00 PM | Show all posts
continued....

keesokan pas habis kuliah, masing2 kebetulan ada kat umah. then kitorang pon mulalah bukak ceriter semalam. atif tanyer "kenapa akak tengok muker saya semalam?".aku pon cakap, "akak dengar ader pompuan panggil nama awak, sayup2 tapi nyaring". then atif reply,"memang ader, tapi saye dengar kuat sangat2.scary sangat". fisya admit die dengar jugak tapi tak jelas macam jerit gituh. tapi kak nora n jijah tak dengar ape2. apa yang menambahkan keseraman ialah, fisya lak kena tindih malam tuh (not sure it's either fisya,jijah or atif herself).

pastu malam tuh aku gi tidor kat umah kawan aku kat blok lain. hehe adalah 2-3 malam lepak situ. last2 balik gak bilik. hehe manalah samer tido atas katil sendirik kan.

fuh habis sudah kisah setakat nih...

p.s#kisah ini sudah lama, lebih tujuh tahun dah ia berlaku. so mungkin la ada terlebih atau terkurang sana sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 12:38 AM | Show all posts
aku nk kongsi 1 cite...kisah ni berlaku last sem..kira still fresh lg..aku duk hostel..cite ni kawan ak yg alami sendiri...
hostel ak ni kira cm apartment...ad 3 bilik..duk 8 org..
umah kawan aku ni kt tngkt ats skali (tngkt 5)..

masa tu dia tgh skype wif adik dia...tgh2 syok2 berskype..tetibe adik dia nk tgok keadaan umah dia...so dia pun pusing la laptop dia ke segenap ruang dalam umah dia...then tetiba adik dia kata "kak...kita stop la skype.." (ayt ni ak reka..hehe..tp lebih kurang cmni la adik dia bgtaw tu..)
then dia pun stop la...lpas tu dia masuk bilik & kol adik dia..awat tetiba nk stop skype..yelah kan tgh syok2 skype tetiba nk stop cmtu je...msti ad something wrong...
then adik dia cakap dia nampak akak cantik rambut panjang kat balkoni umh dia...dia pun ape lagi...terus ttp pintu bilik...

part yang x best nye...bukak sem ni aku kene duk situ...huhuhu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 10:34 AM | Show all posts
Dulu, ITM Sarawak terletak di Semariang sebelum berpindah ke Kota Samarahan. Saya berada di ITM Sarawak pada tahun 1993 sebelum bertukar ke Shah Alam semasa Part 3. Satu malam tu, hujan turun dengan lebat dan ketika itu, saya sedang menyiapkan assignment. Tiba tiba lampu terpadam. Saya pun terus berbaring di katil sementara menunggu lampu menyala semula. Semasa kilat menyabung, alangkah terkejutnya saya apabila melihat ada 'makluk berambut panjang putih dan berpakaian putih' sedang duduk dihujung katil saya. time tu saya hanya mampu menjerit "Allahu Akbar" dan selepas itu, lampu pun kembali menyala. Terus saya keluar dari bilik dan pergi ke bilik sebelah.....sampai sekarang saya takkan lupa pengalaman tersebut...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2012 05:14 PM | Show all posts
Salam & Hola

      sayer bukan budak UiTM tapi biler dah bacer citer2 kat UiTM nie terase nak plak join ceriter pengalaman sendiri maser kat USM..

     Satu malam nie, sayer terase nak basuh kain.. sblum basuh kain tue, lepak bilik kawan sat pastu dier cakap dier nak join skali so.. ok.. sayer ni pun p amik baldi yang penuh ngan kain p laa kat bilik air sebelah bilik dier.. pastue disbbkan baru gaduh dengan bf, sayer terluper laa yang bilik air ni dah satu sem orang tak guner sebab lampu dier rosak. Baru nak start basuh tue, tiber2 sayer dengar orng bunyi "pst..pst" (macam member pangil tu) kat sebelah kiri.. sayer toleh jer sebelah kiri, dier "psst..pst" kat sebelah kanan.. sayer toleh sbelah kanan tgk takder orang jugak! wah..seram... terus sayer basuh2 tangan g juper kawan sayer kat bilik dier and tanyer..ko tadi ader g tandas tak? dier cakap takder ar..blum..demm...terus balik bilik biar jer kain2 tue kann... huhuhu

     sejak ari tue, maybe sebab terperanjat sayer mmg slalu nampak kelibat tue.Maybe sebab sayer terperanjat kann huhu..biler sayer kuar bilik, ternampak dier melintas kat tingkat bawah laa...pastue kalo malam, even kalo sayer dah tdo, sayer akan terjager kol 3 pagi and kene tdo dengan kawan baru bley lelap balik and satu malam tue kawan sayer yang bilik lain melintas depan bilik sayer waktu tu sbb nak g tandas and dier kater waktu dier jalan depan bilik sayer tue dier teraser bulu roma tegak.. tapi sayer takderlaa raser paper..takder laa takut nak kemaner2..

     satu ari roomate sayer nie g bilik kawan kami yang lain, kakak kawan kami tue kener buatan orang. roomate sayer nie takder laa citer pasal sayer tapi tiber2 simptom2 yang kakak kawan dier citer tue samer dengan aper yang blaku kat sayer..dier pun ckap laa... "eh, samer laa ngan yang a**** kene skarang" pastu, berlari2 balik citer kat sayer... sayer pun fikir.."okkk" huhuhu...

      esok tue, abih kelas, balik jer, lepas amik air semayang, sayer bacer yassin 7 kali berturut2.. sayer tak ingat sayer doa ke tak, pastue sayer tdo.. maser tdo tue sayer mimpi, sayer duduk tepi lokar and ader bender ketuk dari dalam lokar sayer bertalu2..so, sayer pun bukak pintu lokar tue.. biler sayer bukak, pom! mayat pompuan yang dah kering, rambut babydoll paras telinga jatuh menegak..terus sayer terjager.. lepas dari tue..sayer dah takder terjager ker...nampak kelibat ker...aper..Alhamdulillahh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:29 PM | Show all posts
ITM Sri Manjung : takde kejadian seram. tapi bila dah pindah S Alam. baru tau ada cerita guard nampak pocong sebelah water-cooler kat depan studio.

ITM S Alam : tak penah alami apa2 jugak. tp gigih dgn kawan gi cari bilik misteri kononnya ada student bunuh diri kat Perindu. adalah jumpa satu bilik yg berkunci. kitorg speku itu lah biliknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2012 07:33 PM | Show all posts
ITM Shah Alam - masa tu saya duduk kat kolej jati pada tahun 1994 ( Part 4). saya sebilik dengan budak Diploma in Chef. Seperti biasa, waktu hujung minggu saya akan balik ke rumah abang saya di Ampang. Apa yang ingin saya sampaikan ni berlaku pada rakan sebilik saya.

Mulanya saya pun hairan, kenapa beliau tak nak tidur di bilik kami sebaliknya tidur di bilik rakan beliau yang lain. Di akhir semester beliau bercerita di mana semasa saya balik ke rumah abang saya, beliau tidur di atas katil saya dan rakan rakan yang lain tidur di lantai. Entah macam mana, beliau terasa ada benda yang menampar nampar lembut kat muka beliau. bila dia buka aja mata, alangkah terkejutnya rakan saya apabila mendapati ada lembaga wanita serba putih tanpa muka sedang bertenggek di atas meja belajar yg terletak bersebelahan katil. Bila dia tengok muka rakan rakan yg lain, muka semuanya pucat ketakutan dan apa lagi, semuanya lari lintang pukang ke bilik hadapan. Sejak hari tu, beliau tidak berani lagi tidur dalam bilik kalau kelas beliau habis lewat. Ada yang berpendapat, ianya hantu budak mascomm yang membunuh diri di kolej jati siswi dan pakcik saudara saya yang buat kelas PLK pernah terserempak dengan 'benda' ni sedang berjalan dari kolej seroja balik ke jati. Tapi, apabila dia buka pintu kereta, baru beliau perasan rupanya 'benda' tu tak jejak bumi. Semasa zaman saya belajar dulu, ramai yang berkata pernah tersempak dengan 'benda' ni sedang mengulangkaji di tempat beliau sering belajar dulu, kat tingkat berapa, saya tak ingat...antaranya rakan saya sendiri. Menurutnya, masa beliau masuk kelas tu, kelas tu kosong aja. Tetapi tetiba ada 'perempuan' sedang belajar di tempat duduk belakang sekali. masa beliau nak ambil pen beliau yang jatuh di lantai, baru beliau perasan  yang 'perempuan' tu tak ada kaki...apa lagi, beliau dan girlfriend beliau terus keluar dari kelas tersebut, kononnya nak lepak kat seksyen 2. Seingat saya, ustazah yg mengajar saya UIS semasa part 4 pernah bercerita pasal 'benda' ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:36 PM | Show all posts
Reply 1868# archilless


    Rasanya bilik berkunci kat perindu tu dah lama dah...dari zaman saya kat ITM lagi dah ada...lama dah tu, tahun 1994 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 07:46 PM | Show all posts
Satu lagi cerita yang tak mungkin saya lupakan kat ITM Shah Alam ialah kisah orang minyak dan nak dijadikan cerita semasa di Kolej Jati, ramai yang ternampak orang minyak sedang berdiri di atas bumbung dan apa lagi, kecoh lah ketika itu dan ramai yang keluar mengejar orang minyak tersebut. Time tu handphone pun masih mahal jadi tak adalah gambar yang boleh diambil sebagai bukti. Kalau tak silap ianya berlaku pada tahun 95 dan member sebilik sya sendiri nampak orang minyak tu...

Pada tahun 95, seksyen 7 baru saja wujud tapi time tu tak lah seluas seksyen 7 sekarang. Jalan dari seksyen 7 ke seksyen 2 pun mempunyai cerita yang tersendiri dan antaranya kemalangan yang menimpa 2 orang siswi yang menunggang motosikal. Saya masih ingat lagi, ramai yang pernah nampak 2 orang siswi sedang menolak motosikal mereka yang rosak tetapi lama kelamaan, leher  siswi tersebut terjuntai kerana putus akibat kemalangan. Seorang rakan saya yang duduk di kolej jati bersebelahan dengan saya jatuh sakit akibat ternampak dengan 'benda' ni. Mulanya kami ingat dia kena denggi sebab suhu badan beliau terlalu tinggi. Akhirnya, beliau terpaksa dihantar balik ke kampung kerana doktor mengesahkan beliau tidak sakit. Adik beliau yang juga menuntut di ITM Shah Alam yang memaklumkan kami apa yang menyebabkan abangnya sakit dan kerana takut, abang beliau tidak berani lagi kembali ke shah alam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 02:22 PM | Show all posts
Reply 1865# chaemin


   ni uitm pncak perdana ke apa ni, mcm ye, aprtment, 3 blik, 8 org, 5 tgkt... kan...tmpt terceruk cmtu msti ada kan, hoho
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 08:46 PM | Show all posts
Reply 1872# byz_87

hehehe...
   cmna taw??hehehe....mmg pun...tmpat terpencil kan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 07:59 AM | Show all posts
Yg mne pling seram????
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 05:21 PM | Show all posts
first baca thread yg still continues 6 years++... tapi mmg best dgr semua pengalaman org dlm thread ni...sy tk penah dok kt asrama...just penah dok seminggu 2 minggu je sbb ada netball kt sek teknik lain...thread ni starting dgn senior2 then dh last2 tu semuanya junior dh masuk...kira leh la kenal2 antara satu sama lain...best!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 03:17 PM | Show all posts
Reply 1857# samshik


    Mek, mung mass comm batch sapa mek? Major apa? Aku broadcasting, batch Shikin Sahol, Suraya Hot Fm etc... Huhu..

Anyways, ni cerita mass comm gak. Kat fac baru kat main campus. Kan ada studio radio. Bkn utk ufm tau, stuido utk students. Adalah dikisahkan, dua tiga kerat hamba Allah students ni berhatikering dan waja dok overnight kat studio tu buat kerja... FYI, ada 2 recording studio plus controller/producer's booth (ala, konti radio kan selalunya ada bilik kat belah luar, pastu ada cermin/tingkap tu).... Pastu ada cam satu lab yang penuh ngan Macs utk editing...

Anyways, berbalik kepada cerita dua tiga kerat hati kerings tu kan... Diorang overnight kat studio tu, sebab tak nak berebut katanya, nak buat assignment Ustaz Ghani (budak mass comm batch aku dan yg sblmnya mesti kenal Ustaz Ghani). So biasala recording2 bagai, editing ect. Tgh2 buat kerja tu, tak de lah lewat malam sangat katanya, diorang kat dalam studio proper (bukan producer's booth). Tgh wat kerja, sekali nampak Kak Mai (Kak Mai ni kerani fac yang jaga pasal booking studio ni) kat producer's booth. Budak2 ni pun, lambai2 la Kak Mai. Kak Mai senyum je kat dak2 tu. Diorang tak syak apa2 la, sebab 1) masa tu tak de la lewat sangat and 2) tak de rasa pelik sebab macam diorang expect kot, ada orang akan check/monitor, diorag buat assignment ke 'buat kerja' kan... Tak lecturer, orang pejabat, tak orang pejabat, pak guard kan?

So budak2 ni continue la recording, sambil Kak Mai tu dok perhati kat producer's booth. Sekali entah macam mana, salah sorang hati kering ni bangun, pergi dekat tingkap tu, dan right at that moment *zupppp* "Kak Mai" tu hilang. Dikabarkan, pada masa tu jugakla, PC yang utk buat recording, tetiba terstart recording dan walaupun diorang tak berbunyi walau sedecit pun, ada sound wave yang direcord. Diorang pun apa lagi, kau tengok aku, aku tengok kau, ambik apa2 yang patut (buku bag pun diorang tinggalkan bersepah, ambik hp n purse je katanya) and kelam kabut lari balik, turun tangga, walaupun studio tu tingkat lima (tingkat paling atas).

Dikabarkan file recording malam tu ada je kat PC recording tu utk beberapa semester. Tak de siapa berani dengar, tak de siapa berani delete. Dan ulasan Kak Mai, "Hish, tak de kerja aku nak datang opis malam2!"

Sekian, begitulah salah satu urban legend mass comm yg disampaikan kepada batch aku. Aku rasa cerita ni diorang sampaikan sbb tak nak kasi student overnight kat studio tu, mungkin jugak sebab diorang tak kasi overnight adalah bersangkut paut dengan sesuatu yg angker, sebab ada sorang lecturer pompuan, initial dia FD, bilik tingkat empat paling ujung dekat ngan pintu n tangga pernah cerita pasal dua beranak ke, dua beradik yang selalu ada je  kat floor diorang tu. Tapi kalau studio video editing, selalu je ada student overnight kan? Hmmm, so tak tau laa... Allahu'alam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 06:20 PM | Show all posts
Reply  samshik


    Mek, mung mass comm batch sapa mek? Major apa? Aku broadcasting, batch Shik ...
chananaz Post at 10-3-2012 15:17



    mek senioor kome by 1-2 sems kot.. nanti mek cek ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 03:39 PM | Show all posts
Masa freshie dulu semua student pompuan kena duduk kat Block O. ITM manjung ni bekas tapak kuil. so  ...
szharena Post at 16-6-2006 23:15


the whole dorm tingkat atas tu dicat warna biru gelap .. aku pernah masuk dorm nie sekali.. rasa pelik (kurang selesa) la sb tak pernah masuk rumah/bilik yg berwarna biru gelap mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 01:53 AM | Show all posts
Reply  byz_87

hehehe...
   cmna taw??hehehe....mmg pun...tmpat terpencil kan....
chaemin Post at 6-3-2012 20:46


ermm...ni blok mana eh?dekat pagar pemisah blok laki2 and pompuan ke?


bekas student sana jgk
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 09:17 PM | Show all posts
Reply 1879# lilydandelion77

blok dua...skang ni sdang tenang di rumah ni..huhuuhu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070643 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list