CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Munah_Sensasi

Khai bahar dah betoi kan gigi uolls!!!

[Copy link]
Post time 8-6-2016 11:53 AM | Show all posts
PEMINAT BERTOLAK-TOLAK MAHU BERGAMBAR DENGAN KHAI BAHAR
Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN
Tarikh: 6 Jun 2016
Penyanyi, Khai Bahar menganggap digilai ramai peminat daripada kalangan wanita dan lelaki itu merupakan satu perkara yang positif buat dirinya, meskipun ada yang memberikan komen negatif kononnya Khai mahu disanjung dan dipuja.

"Ok benda seperti ini sebenarnya di luar jangkaan, saya tak mengharap atau apa pun untuk disukai ramai orang. Tapi, ada juga yang mengatakan peminat seolah-olah menyanjung ataupun menyembah diri saya. Bagi saya, mereka sekadar menyokong karier nyanyian saya, tambah pula mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik. Semua orang tak sama, masing-masing punyai pendapat atau pandangan yang berbeza-beza," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Baca: Khai Bahar Dikritik Tekak Berdarah, Ini Jawapannya

Diajukan persoalan adakah Khai pernah menerima mesej-mesej berbaur lucah atau apapun yang negatif, jelas Khai, tidak lagi.

"Mengenai hal itu saya belum menerima sebarang mesej lucah ataupun perkara-perkara yang tidak baik. Sama juga semasa saya membuat persembahan nyanyian di mana-mana, belum pernah ada yang cuba untuk mengambil kesempatan atas diri saya. Mereka lebih sekadar mahu bergambar sehinggakan pernah ada yang bertolak-tolak dalam keadaan orang ramai," terang Khai teruja kerana melihat peminat yang sanggup bersesak semata-mata untuk bergambar dengannya.

Baca: Khai Bahar Tak Lupa Diri

Ketika ini pengikut Khai di laman sosial Instagramnya sudah pun hampir mencecah 296 ribu pengikut. Manakala di akaun Facebook, 260 ribu pengikut.

1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2016 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ikinbest replied at 8-6-2016 11:53 AM
PEMINAT BERTOLAK-TOLAK MAHU BERGAMBAR DENGAN KHAI BAHAR
Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN
Tarikh: 6 Jun  ...

x pnh awek n pakwe bertolk nk bergmbo dgn aku cm kb. Eh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 12:46 PM | Show all posts
good luck dik khai. suara adik sedap. gigi dah santek. senyuman manis menawan. harap-harap boleh ganti kokpin jd model iklan colgate. ahahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 12:52 PM | Show all posts
Lepeh ni harus ada yg nak sponsor produk kecantikan ke kesihatan ker kat KB nih....ada berani?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 01:08 PM | Show all posts
Esmiria replied at 8-6-2016 12:38 PM
x pnh awek n pakwe bertolk nk bergmbo dgn aku cm kb. Eh..

nama tengah naik... rezki die lah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 01:14 PM | Show all posts
........................
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052013 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list